Stress:antara manfaat dan
mudarat.
Bebanan kerja yang banyak salah satu faktor stres.
Stres adalah reaksi tabii tubuh badan kita terhadap
rangsangan fizikal dan emosi.Oleh itu,stres merupakan fitrah manusia dan
bayangkan jika manusia hidup tanpa stres ,manusia itu bagai ati sebelum benar –benar
mati.Allah berfirman bermaksud:’’Sesungguhnya
manusia dijadikan bertabiat resah gelisah.Apabila ditimpa kesusahan dia berasa
keluh kesah .Dan apabila mendapat kesenangan dia sangat bakhil.’’(surah Al-Maarij
;19-21)
Manfaat Stres.
1.Stres akibat takut gagal :- menyebabkan kita bangun berusaha dengan lebih gigih.
2.Stres akibat hubungan bermasalah dengan orang sekeliling :-
kita dapat bertindak meminta maaf ,terus –terang dan melaksanakan
tindakan –tindakan positif bagi membeulkan keadaan.
3.Stres kerana jahil :- mendorong
sesorang bangun menimba ilmu.
4.Stres kerana merasakan diri berdosa:- dapat bertaubat kepada Allah dan
beristighfar .
5.Stres kerana diri tiada pencapaian:- memotivasikan
diri berusaha meraih kejayaan dalam hidup.
Mudarat Stres
1.Akan menimbulakan dos keletihan
berlebihan bagi jiwa dan membawa perasaan lelah .
2.Boleh menyebabkan sesorang itu
hilang pedoman hidup sehingga mencuba perkara negatif seperti membunuh diri dan
sebagainya.
3.Membawa kesan
kemurungan yang melampau dan menjejaskan kestabilan emosi.
4.Membawa
pelbagai penyakit kronik kerana 70% mereka yang menghidap penyakit kronik
berpunca daripada stres.
Stres bukan untuk dihapus tetapi diurus .Tak semua stress
membawa mudarat namun ia juga membawa sedikit manfaat kepada manusia.Tanda
kesempurnaan manusia ialah apabila dia tidak sempurna .
solat mampu menjadi penenang kepada stres