Saturday, 11 February 2012

stres:antara manfaat dan mudarat


Stress:antara manfaat dan mudarat.



Bebanan kerja yang banyak salah satu faktor stres.

Stres adalah reaksi tabii tubuh badan kita terhadap rangsangan fizikal dan emosi.Oleh itu,stres merupakan fitrah manusia dan bayangkan jika manusia hidup tanpa stres ,manusia itu bagai ati sebelum benar –benar mati.Allah berfirman bermaksud:’’Sesungguhnya manusia dijadikan bertabiat resah gelisah.Apabila ditimpa kesusahan dia berasa keluh kesah .Dan apabila mendapat kesenangan dia sangat bakhil.’’(surah Al-Maarij ;19-21)
Manfaat Stres.
1.Stres akibat takut gagal  :- menyebabkan kita bangun  berusaha dengan lebih gigih.
2.Stres akibat hubungan bermasalah dengan orang sekeliling :-
kita dapat bertindak meminta maaf ,terus –terang dan melaksanakan tindakan –tindakan positif bagi membeulkan keadaan.
3.Stres  kerana jahil :- mendorong sesorang bangun menimba ilmu.
         4.Stres kerana merasakan diri berdosa:- dapat bertaubat kepada Allah dan beristighfar .
5.Stres kerana diri tiada pencapaian:- memotivasikan diri berusaha meraih kejayaan dalam hidup.

Mudarat Stres
1.Akan menimbulakan dos keletihan berlebihan bagi jiwa dan membawa perasaan lelah .
2.Boleh menyebabkan sesorang itu hilang pedoman hidup sehingga mencuba perkara negatif seperti membunuh diri dan sebagainya.
3.Membawa kesan kemurungan yang melampau dan menjejaskan kestabilan emosi.
4.Membawa pelbagai penyakit kronik kerana 70% mereka yang menghidap penyakit kronik berpunca daripada stres.

Stres bukan untuk dihapus tetapi diurus .Tak semua stress membawa mudarat namun ia juga membawa sedikit manfaat kepada manusia.Tanda kesempurnaan manusia ialah apabila dia tidak sempurna .








solat mampu menjadi penenang kepada stres 

No comments:

Post a Comment