Sunday, 25 March 2012

APA ISTIMEWANYA CENDERAHATI GELAS ?


Cenderahati gelas dari secangkir kraf
APA ISTIMEWANYA
     CENDERAHATI GELAS ?
Mungkin ramai di luar sana yang ghalibnya sukar untuk mencari ole-ole yang menarik dan pantas untuk diberikan kepada orang tersayang mahupun tetamu dalam majlis tertentu terutama majlis perkahwinan ,ulangtahun mahupun majlis korporat seperti seminar dan konferens.
      Tentu anda biasa lihat, ramai yang mula memberi tumpuan kepada cenderahati gelas dari pelbagai saiz dan bentuk dan corak untuk diberikan sebagai tanda kenang-kenangan untuk seseorang dalam majlis tertentu.Ya,mungkin dalam benak anda terbit tanda tanya apa sebenarnya keistimewaan cenderahati gelas ?Mengapa ia dipilih sebagai hadiah yang popular ?Adakah ia sesuai untuk semua majlis sebagai cenderahati?
Jawapannya ,tidak dinafikan cenderahati gelas memiliki keistimewaan tersendiri bukan sahaja daripada segi bentuknya atau rekaannya. Salah satu keistimewaan cenderahati gelas ialah, ia adalah antara buah tangan yang murah dan menjimatkan dari sudut masa,tenaga mahupun kewangan.Sudah tentu anda sebagai tuan rumah bagi suatu majlis perkahwinan tamsilnya mahukan cenderahati yang menjimatkan berpadanan dengan bajet anda  bukan ? Cenderahati gelas mampu dimiliki dengan kos yang rendah tidak kiralah anda membelinya siap dengan rekaan mahupun membuat corak sendiri.
Istimewanya cenderahati ini, ia boleh dibuat sendiri dan bahan yang diperlukan ringkas dan murah malah tidak menelan tenaga dan masa yang banyak kerana untuk menghasilkan sebuah  gelas bercorak hanya mengambil masa sekitar kurang dari 30 minit . Selain itu,corak yang menarik dan cantik dengan penekanan pelbagai motif yang menjadi coretan inspirasi membangkitkan satu perasaan dan ‘mood’ dalam diri seseorang .
Ramai dalam kalangan kita sebenarnya mempunyai idea yang kreatif dan ianya secara tidak langsung dapat dizahirkan dalam bentuk cenderahati.Cenderahati gelas sebenarnya adalah satu limpahan idea seni yang lahir secara automatik melalui corak dan hiasan yang dijelmakan pada sebuah gelas kecil molek.Selain memiliki corak dan hiasan yang kreatif,istimewanya cenderahati gelas ia mampu menjadi tanda kenangan  yang unik dek kerana kita mampu melahirkan perasaan kita melalui jenis hiasan dan corak yang terjelma padanya.
Kini, bagi anda diluar sana yang mungkin sedang pening kepala dan buntu untuk mencari  apakah cenderahati yang sesuai untuk diberikan sebagai tanda kenangan dan penghargaan kepada tetamu atau sahabat atau mungkin pasangan anda usah risau kerana anda sudah mendapat jawapannya.Seperti yang saya katakana ,cenderahati gelas amat sesuai dijadikan cenderahati dalam semua majlis malah menjimatkan.Dengan pelbagai corak dan hiasan yang mencuri tumpuan  selain pelbagai lagi keistimewaan ,tak silap lagi cenderahati gelas wajar menjadi pilihan anda seiring dengan trend masa kini .

Sunday, 18 March 2012

menjana kreativiti bisnes anda


Menjana kreativiti bisnes anda.

Bisnes sering dikaitkan dengan seni usahawan yang memerlukan kreativiti para usahawan.Kendatipun,sebelum melaksanakan elemen kreatif dalam perniagaan ,usahawan perlu memiliki ciri –ciri kreativiti bagi menjana kreativiti bisnes mereka.
     
KETULENAN (ORIGINALITY)
            -Mencari skop perniagaan yang unik dari aspek mutu,keadaan atau produk.Idea yang      terbit dari pemikiran ,perancangan dan usaha sendiri lebih mantap berbanding yang diplagiat daripada sumber lain.
                                            
TPENGELUARAN (PRODUCTIVITY)
-Usahawan perlu mencari dan mengkaji teknik yang lebih baik ,efektif dan pantas untuk mmenghasilkan sesuatu produk.Gunakan kreativiti minda dalam mencari peluang dan kebarangkalian baru untuk menjana kreativiti bisnes anda.

\UBAHSUAI (ADAPTABILITY)
     -Melakukan pengubahsuaian dan perubahan untuk menyesuaikan sesuatu yang berpasangan .
 
ÍTOLAK ANSUR (FLEXIBILITY)
      -Bersedia melakukan perubahan dan tidak terikat dengan prinsip atau pendirian yang rigid / jumud.Ushawan yang mahu menjana kreativiti bisnesnya perlu menimbang pendirian aliran perdana iaitu aliran massa.

\ANALITIS
     -Wujudkan soalan apabila terdapat sebarang keraguan meskipun ntuk persoalan yang remeh.
            
 TSENSITIF
              -Sentiasa peka dan perhati sekeliling anda akan menjana kreativiti bisnes anda dengan mencungkil kemahiran dan bakat orang sekeliling dengan barangan anda.Bertindak balas dengan bahasabadan yang dizahirkan pelanggan dan pekerja anda .
ÍBERFIKIRAN BEBAS
      -Menjadi pemikir yang kritis dan membuat penilaian bebas  supaya tidak dipengaruhi oleh orang lain.
         

TIDAK TERLALU TRADISI (UNCONVENTIONAL)
     -Untuk menjana kretiviti bisnes anda ,anda perlu berani untuk mencari kelainan daripada orang lain yang sedia ada.Usah takut mengekspresikan idea kreatif anda .
       
TBERANI (COURAGE)
           -Keberanian dalam menzahirkan idea kreatif yang mungkin dikatakan ‘pelik’ atau ‘gila’ oleh orang lain wajar ada namun tak usah meletakkan keberanian anda secara buta tuli .Usahawan yangcemelang adalah orang yang berani.

Setelah meneliti kriteria yang perlu dimiliki untuk menjadi usahawan kreatif,tentunya anda lebih mudah untuk menjana kreativiti perniagaan anda.Kita tak boleh menafikan sifat dan kriteria kreatif perlu ada untuk melahirkan usahawan yang bukan sahaja bermotifkan keuntungan dalam jangka pendek ,walhal mencetus fenomena bisnes yang gemilang di arena perniagaan.


kreatif dalam perniagaan membawa banyak keuntungan kepada usahawan dan bisnes anda
Nabi s.a.w bersabda mafhumnya:’’Sesungguhnya Allah menyukai seseorang hamba yang apabila membuat sesuatu pekerjaaan mereka sentiasa memperelokkannya.’’(Riwayat Ibn Majah & Al-Tabarani)

Friday, 16 March 2012

PENGHALANG KEJAYAAN


Kurang motivasi dalam diri merupakan antara penghalang kepada kejayaan

Ramai antara kita yang ingin mengecap kejayaaan, namun tidak semua mampu menggapainya andai kita tidak tahu apakah antara halangan kepada kejayaan tersebut. Oleh sebab itu, adalah penting bagi kita untuk menganalisis dan mengenalpasti cabaran-cabaran tersebut. Antara penghalang kepada kejayaan ialah :-

 1)SIKAP KITA
-Sikap kita yang negatif dapat membantutkan impian kita untuk berjaya andai kita tidak cuba untuk mengubahnya. Contohnya seperti malas, tidak bertanggungjawab, tidak amanah dan tidak bermotivasi.

2)PERSEKITARAN
-Dalam lingkungan persekitaran kita, rakan adalah antara orang yang paling dekat dengan kita. Siapa rakan kita akan mencerminkan perspektif orang lain terhadap kita. Ada pepatah Arab pernah mengatakan , terpa“Jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi, kita akan turut wangi. Tetapi jika kita berkawan dengan pengangkut najis, maka kita turut akan tepalit juga baunya.” Jadi di sini jelaslah bahawa rakan sangat mempengaruhi tindakan kita yang seterusnya menjadi penghalang kepada kejayaan kita. Pilihlah rakan yang baik untuk berjaya.

3)DUIT
-Ramai diantara usahawan Bumiputera khususnya mengalami masalah ini. Ada yang mengatakan, “bila takde duit macam mane nak meniaga”. Itu adalah antara keluhan usahawan-usahawan yang baru nak meningkat naik dalam industri ini. Namun,sebagai usahawan yang ingin berjaya, kita perlulah menjadi lebih kreatif dengan menggunakan segala sumber yang ada dengan lebih efektif.

Kita perlulah berani menghadapi cabaran dalam  hidup kita.
Jadi tidak ada lagi penghalang kepada kejayaan andai kita bijak mengatur strategi dalam mengecapinya.