Sunday, 25 March 2012

APA ISTIMEWANYA CENDERAHATI GELAS ?


Cenderahati gelas dari secangkir kraf
APA ISTIMEWANYA
     CENDERAHATI GELAS ?
Mungkin ramai di luar sana yang ghalibnya sukar untuk mencari ole-ole yang menarik dan pantas untuk diberikan kepada orang tersayang mahupun tetamu dalam majlis tertentu terutama majlis perkahwinan ,ulangtahun mahupun majlis korporat seperti seminar dan konferens.
      Tentu anda biasa lihat, ramai yang mula memberi tumpuan kepada cenderahati gelas dari pelbagai saiz dan bentuk dan corak untuk diberikan sebagai tanda kenang-kenangan untuk seseorang dalam majlis tertentu.Ya,mungkin dalam benak anda terbit tanda tanya apa sebenarnya keistimewaan cenderahati gelas ?Mengapa ia dipilih sebagai hadiah yang popular ?Adakah ia sesuai untuk semua majlis sebagai cenderahati?
Jawapannya ,tidak dinafikan cenderahati gelas memiliki keistimewaan tersendiri bukan sahaja daripada segi bentuknya atau rekaannya. Salah satu keistimewaan cenderahati gelas ialah, ia adalah antara buah tangan yang murah dan menjimatkan dari sudut masa,tenaga mahupun kewangan.Sudah tentu anda sebagai tuan rumah bagi suatu majlis perkahwinan tamsilnya mahukan cenderahati yang menjimatkan berpadanan dengan bajet anda  bukan ? Cenderahati gelas mampu dimiliki dengan kos yang rendah tidak kiralah anda membelinya siap dengan rekaan mahupun membuat corak sendiri.
Istimewanya cenderahati ini, ia boleh dibuat sendiri dan bahan yang diperlukan ringkas dan murah malah tidak menelan tenaga dan masa yang banyak kerana untuk menghasilkan sebuah  gelas bercorak hanya mengambil masa sekitar kurang dari 30 minit . Selain itu,corak yang menarik dan cantik dengan penekanan pelbagai motif yang menjadi coretan inspirasi membangkitkan satu perasaan dan ‘mood’ dalam diri seseorang .
Ramai dalam kalangan kita sebenarnya mempunyai idea yang kreatif dan ianya secara tidak langsung dapat dizahirkan dalam bentuk cenderahati.Cenderahati gelas sebenarnya adalah satu limpahan idea seni yang lahir secara automatik melalui corak dan hiasan yang dijelmakan pada sebuah gelas kecil molek.Selain memiliki corak dan hiasan yang kreatif,istimewanya cenderahati gelas ia mampu menjadi tanda kenangan  yang unik dek kerana kita mampu melahirkan perasaan kita melalui jenis hiasan dan corak yang terjelma padanya.
Kini, bagi anda diluar sana yang mungkin sedang pening kepala dan buntu untuk mencari  apakah cenderahati yang sesuai untuk diberikan sebagai tanda kenangan dan penghargaan kepada tetamu atau sahabat atau mungkin pasangan anda usah risau kerana anda sudah mendapat jawapannya.Seperti yang saya katakana ,cenderahati gelas amat sesuai dijadikan cenderahati dalam semua majlis malah menjimatkan.Dengan pelbagai corak dan hiasan yang mencuri tumpuan  selain pelbagai lagi keistimewaan ,tak silap lagi cenderahati gelas wajar menjadi pilihan anda seiring dengan trend masa kini .

No comments:

Post a Comment