Tuesday, 12 June 2012

bisnes kecil jadi untung besar lantas jadi jutawan


Bisnes kecil jadi Untung besar  lantas   jadi JUTAWAN
Gugurnya usaha kita sekarang bakal menggugurkan kejayaan kita kelak
 
               Bercakap mengenai bisnes,samada ianya bersaiz cilik waima mega empayar sudah tentunya motif utama ialah untung bukan .Permulaannya,mesti untung yang diperolehi sekadar bak kata orang ‘cukup-cukup makan ‘ sahaja atau yang lebih sadis lagi tiada keuntungan langsung.Namun dengan keuntungan yang kecil ini sebenarnya mampu membiak hingga perkataan jutawan sudah layak  ditempel sebagai status kita jika ada tekniknya.Bagaimana ya?

               Rata-rata diluar sana kerap mempertikaikan kebolehan keusahawanan remaja.Adakah mereka ini cukup dengan pengalaman sedangkan usia baru setahun jagung? Mampukah mereka menerajui bisnes dengan pengetahuan setakat diploma yang masih belum habis? Ada modal ke? Dan banyak lagi pertanyaan yang terpercik diluar fikiran .Persoalannya,ada atau tidak kesungguhan dalam diri remaja itu sendiri yang paling utama?


         Dr.Irfan Khairi pernah berkata, dalam usia remaja sekitar 18 tahun adalah permulaan yang baik untuk berjinak dalan dunia bisnes.Ya,mengapa ianya menjadi mustahil bagi kita sekarang sedangkan beliau dahulu menerajui bisnes internet ketika masih dalam pengajiannya .Bagi langkah awal, mulakan bisnes kecil-kecilan dan biasakan diri anda dengan melihat pasaran apakah produk yang mendapat sambutan. Dengan disokong oleh kecanggihan teknologi sekarang,untuk memulakan bisnes bukanlah sesukar dahulu.Blog,laman sosial,you tube dan laman web adalah alat-alat penting untuk mempromosi dan menjana produk anda untuk laris di pasaran internet.

      Dalam memilih jenis produk pula,pilih produk yang mudah untuk mendapat bekalan supaya memudahkan urusan jualan selain intepretasikan minat anda sebagai cabang bisnes.Contohnya ,jika anda suka bidang kreatif anda boleh menjual kerongsang ,barang hiasan mahupun cenderamata seperti gelas yang anda buat sendiri.Disini,anda dapat meneruskan minat anda sambil menjana wang.Bisnes kecil jadi untung besar lantas jadi jutawan.Tak mustahil bukan?

       Remaja kini perlu ceburi bidang bisnes  sebagai jaminan masa depan.Tidak salah berbisnes ketika masih menuntut.Kini,ramai usahawan remaja mempromosikan perniagaan internet mereka secara meluas terutama di majalah dan sebagainya. Selain menjana pendapatan ,anda juga mampu mencedok pengalaman bisnes sebelum menempuh alam karier nanti.Malah pihak kerajaan semakin peka dengan medan  keusahawanan dengan menggalakkan para siswa dan siswi berkecimpung dalam perniagaan disebabkan isu lambakan graduan dan pengangguran .
.
       Akhir kalam,bisnes adalah bidang terbuka.Anda sebagai generasi Y usah gentar dan takut untuk mendekati bisnes.Ingat kata –kata saya  ‘bisnes kecil jadi untung besar lantas jadi jutawan.Anda tidak mahu jadi jutawan muda?
Mentor jutawan internet yang wajar dicontohi- Dr.Irfan Khairi
                                                                                              -Menjadi jutawan bukan mustahil.Satu                                                                                                     langkah yang
                                                                                                Mudah boleh merubah masa depan anda.

No comments:

Post a Comment