Wednesday, 11 July 2012

tips memilih cenderahati kraf

A
bakul mini daripada rotan yang klasik
pabila tiba musim cuti sekolah,biasanya banyak program atau majlis yang dijalankan contohnya kem motivasi,seminar ,majlis perkahwinan dan sebagainya.Lantaran itu,para penganjur juga mula kalut untuk mencari cenderamata terbaik sebagai tanda mata kepada tetamu yang mereka hargai.Hal ini biasa kerana mereka iaitu  para penganjur sukar untuk mendapatkan cenderamata yang menarik di kedai -kedai hadiah kerana mereka menyediakan pilihan terhad. Selain itu,mereka juga tidak dapat memenuhi kehendak anda sebagai pelanggan.

      Lazimnya,kita sering mendapat cenderamata yang biasa-biasa sahaja daripada orang lain contohnya pada hari lahir kita .Antaranya ialah bunga,coklat ,pen dan sebagainya.Jarang -jarang sekali kita melihat orang memberi kita hadiah yang berasaskan kraf bukan ? Sebenarnya banyak cenderamata berasaskan kraf yang menarik perhatian anda  seperti gelas kraf,beg tangan mengkuang  ,dan banyak lagi.Terbukti , jika kita lihat di Pasar Payang Kuala Terengganu,rata-rata  peniaga di sana berniaga barang cenderahati kraf dan mendapat sambutan hangat daripada penduduk tempatan malah pelancong luar negara.

       Istimewanya cenderahati kraf ini ialah,harganya yang lebih murah,menjimatkan wang ,'handmade',menarik  unik serta kelihatan eksklusif berbanding cenderahati lain.Antara tips penting untuk memilih cenderahati kraf yang sesuai ialah :-
 
1) Mengikut tema majlis - Pemilihan cenderamata mesti bertepatan dengan majlis anda.Contohnya untuk  majlis seminar perlulah memilih cenderahati yang eksklusif dan nampak mahal.Mahal bukan dari aspek harga tetapi pada rupanya.
 
kipas tangan anyaman mengkuang 
2) Sesuai dengan bajet anda.  - Apabila anda telah menetapkan bajet anda dibawah harga yang agak sederhana,sebaiknya pilih hadiah yang ringkas namun nampak menarik.

3) Menunjukkan simbolik kepada sesuatu.- Hadiah yang kita beri bukan sahaja sekadar tanda penghargaan kepada tetamu majlis anda ,namun ianya harus mempunyai simbolik yang cuba anda sampaikan.Hal ini agar ,tetamu merasa diri mereka begitu istimewa .Contohnya,hadiah beg tangan mengkuang simbol kepada seseorang itu akan anda bawa dalam hati anda kemana sahaja.

beg kraf penuh unik
4) Unik tapi menarik.- Cenderahati yang berasaskan kraf sememangnya pantas untuk dijadikan cenderahati kerana ia tampak unik namun menarik.Berikan tetamu sesuatu hadiah yang jarang -jarang sekali boleh didapati agar ianya nampak istimewa malah eksklusif.Malah,hadiah murah juga akan nampak mahal.Contohnya bunga kain felt,gelas kraf,dan banyak lagi.

Jadi ,ini sahaja tips mini yang dapat kami kongsikan untuk anda memilih cenderahati menarik untuk tetamu yang datang ke majlis anda.Pastikan mereka pulang dengan senyuman ,dan anda juga merasa puas kerana dapat meraikan tetamu dengan tanda mata yang sesuai.

No comments:

Post a Comment