Saturday, 28 April 2012

semai,baja & tuai wang dengan kraf

kraf  kertas diaplikasikan sebagai cenderamata.
SEMAI,BAJA & TUAI
WANG DENGAN KRAF

Pernah anda dengar ungkapan ‘semai,baja dan tuai wang dengan kraf’? Pasti anda sendiri terbetik dihati apa yang kami ingin katakan.Rata-rata di antara kita mempunyai nilai kreativiti dan minat juga kemahiran dalam bidang kraf.Tak kiralah apa jenis kraf ,samada ianya dihasilkan sekadar untuk suka-suka ,sebagai alat perhiasan di rumah ataupun cenderamata kepada insan tersayang ianya benda bernilai yang boleh menjana wang.Benarkah?

Industri kraf di Malaysia semakin berkembang biak apatah lagi dengan sokongan padu oleh pihak kerajaan sendiri tamsilnya mengadakan pameran kraf yang mendapat sambutan hangat saban tahun dan penubuhan Institut Kraf Malaysia sebagai platform dan kayu penggerak kepada aktiviti kraf dalam kalangan masyarakat kita.Dahulunya seni kraf ini dipandang sepi oleh masyarakat dan dianggap hanya sesuai untuk orang kampung namun kini persepsi itu semakin terhakis .

Seni kraf kini mendapat tempat dihati para usahawan muda yang mula berjinak –jinak dalam medan bisnes .Bak kata Dr.Irfan Khairi ,’jual dan buat apa yang anda minat dan tahu’.Bermula daripada minat biasa,seni kraf kini menjadi medan bisnes dimana anda mampu semai ,baja dan tuai wang dengan hanya menjual hasil seni kraf kreatif anda di medan internet .

Kemahiran seni kraf contohnya membuat kerongsang daripada kain felt yang kini baru berkembang jarang diteroka orang ramai dan sukar untuk kita cari pengusaha yang berani menjual produk mereka di internet walhal produk sebegini kurang persaingan berbanding produk seperti tudung ,selendang ataupun pakaian Muslimah yang sekarang menguasai lapangan bisnes internet.Peluang sebegini sepatutnya anda rebut kerana bisnes hasil seni kraf menjimatkan kos namun mampu menjana pendapatan lumayan .

Buka mata dan persepsi anda mengenai bisnes berasaskan kraf .Ramai kata yang bisnes ini sukar,banyak halangan ,memakan masa,terpaksa berkorban tenaga dan susah nak dapatkan bekalan produk.Tapi sebagai manusia kita harus berani mencuba.Kalau tak cuba ,jangan berani beri tanggapan tak berasas.Selain anda dapat semai,tuai dan baja wang dengan kraf ,anda tidak langsung membantu pihak kerajaan memartabatkan seni kraf di medan dunia.

Sekarang,jangan jadikan alasan sebagai pelemah semangat dan minat anda untuk menceburi bisnes berasaskan kraf.Pasti anda mampu semai ,baja dan tuai wang jika anda anda kesungguhan yang mantap.

kraf kreatif yang menjadi kegilaan remaja 
-Pilihan ada di hadapan mata…satu keputusan yang dipilih bakal menjadi jambatan masa hadapan…tak kira mana satu pilihan yang dibuat…ia datang daripada fikiran dan kemahuan yang disandarkan pada keperluan.-

Tuesday, 24 April 2012

BAHASA SENYUM

        - BAHASA SENYUM-
*Cara kita senyum memberikan mesej emosi kita.Kita juga boleh kenal pasti emosi seorang dengan cara mereka senyum.Apabila seorang senyum,tidak semestinya dia gembira. 
Terdapat tiga jenis senyuman :

1.Senyuman tanpa mendedahkan gigi.
*Ia adalah senyuman asas .Apabila seorang senyum tanpa mendedahkan giginya ,dia sebenarnya senyum kepada dirinya sendiri.Ia juga digelar sebagai senyum ahli politik.

2.Senyuman dengan mendedahkan gigi sebelah atas.
*seseorang senyum dengan cara ini apabila ada pertembungan mata dengan orang lain.Ia adalah senyuman apabila seorang bertemu dengan orang yang sikenali seperti rakan,pengikut yang rapat ataupun ahli keluarga.

3.Senyuman dengan mendedahkan gigi sebelah atas dan bawah.
*Senyuman jenis ini selalu dilihat apabila seorang dalam keadaan  gembira dan mata akan mengecil ataupun seolah-olah terpejam.

Saturday, 7 April 2012

Kisah sebenar perniagaan kami


Kisah sebenar perniagaan kami.

Idea penubuhan nama syarikat kami adalah hasil cetusan idea kawan-kawan.
Tercetusnya Mega Aspirasi Copration atas kesungguhan kami dalam bidang perniagaan
tidak mengira risiko yang bakal kami tempuhi kelak .

Mega Aspirasi Copration.
Mega membawa erti besar dan kekuatan.Kami akan melebarkan sayap perniagaan kami diluar jangkaan jualan .Selain itu,kami juga akan memperkenalkan produk-produk baru pada suatu masa akan datang.Tidak dinafikan persaingan adalah suatu kemestian dalam apa jua perniagaan mahupun dalam kehidupan sendiri.Kepelbagaian produk akan menjadi satu persediaan dalam menghadapi pelbagai kemuskilan  yang akan dihadapi .

Aspirasi adalah satu simbolik idea yang datang dari ahli kumpulan kami mahupun pengguna sendiri tentang rekaan produk .Idea amat penting dalam menghasilkan sesuatu produk tetapi idea datangnya daripada soalan.Jadi tidak perlulah kita takut dengan ketiadaan idea tetapi, sebaliknya ketakutilah jika ketandusan soalan.

Copration ialah satu simpulan kerjasama antara ahli kumpulan dengan komitmen pengguna tentang keberhasilan sesuatu produk.Kerjasama amat penting bagi kami dalam perniagaan perkongsian kerana ada kata-kata punjangga  ada menyebut bulat air kerana pembentung,bulat kata kerana muafakat.
Kami mempunyai lima orang ahli kumpulan yang berdiri megah serta komitmen yang bersepadu demi memajukan Mega Aspirasi Copration serta setiap daripada kami diagihkan kepada beberapa tugasan masing-masing.

Nur Shafiza binti Ishak anak kelahiran Baling,Kedah adalah CEO Mega Aspirasi Copration.Beliau amat memainkan peranan penting dalam perniagaan ini .Beliau sangat mementingkan kualiti serta mutu kerja setiap ahli kumpulan dalam memghasilkan produk yang berkualiti.Selain itu,dengan sifatnya yang lemah –lembut  serta seorang yang berjiwa kental tanpa mengenal erti kegagalan dalam kehidupan .

Suzana binti Hashim anak kelahiran Muar,Johor adalah eksekutif mereka cipta produk kami.Beliau adalah seorang yang tegas serta yang menepati masa juga janji.Penglibatan beliau dalam perniagaan kami banyak mencorakkan buih-buih warna dalam perniagaan serta keharuman .Tidak dinafikan juga beliau  seorang yang amat selesa jika diberikan tugasan yang  mencabar serta senang dibawa berbincang.


Nurul Amira binti Abd Hamid anak kelahiran Pasir Mas,Kelantan adalah eksekutif mereka cipta produk kami.Beliau yang dikenali sifatnya yang lemah-lembut serta pendiam antara ahli kami ,akhirnya telah membuktikan komitmen beliau yang sangat memuaskan terhadap Mega Aspirasi Copration.Idea-idea terhadap penghasilan produk kami amat beliau menitikberatkan soal kualiti serta mutu produk.Kelincahan beliau dalam Mega Aspirasi Copration disenangi setiap ahli kumpulan.



NurSyamsinar Aini binti Hashim anak kelahiran Rompin,Pahang adalah eksekutif perakaunan Mega Aspirasi Copration.Tidak dinafikan tugas beliau adalah amat berat dalam menanggung tanggungjawab memikulan tugas sebagai pemegang amanah Mega Aspirasi Copration.Beliau yang ghairah dalam jawatannya  amat kami senangi kerana disitu kami dapat melihat komitmen beliau terhadap syarikat.

Shuhada binti Md. Sani anak kelahiran Baling,Kedah adalah eksekutif pemasaran dalam Mega Aspirasi Copration.Mempunyai minat yang mendalam dalam dunia perniagaan sejak dibangku sekolah lagi.Bercita –cita seorang ahli perniagaan yang berjaya serta komited terhadap pekerja adalah kemestian dalam hidupnya.Berjiwa yang riang serta senang didekati kawan adalah sifat yang dimiliki tetapi senang dipengaruhi.Berkecimpung dalam pemasaran adalah minat serta keghairah beliau,tidak mengerti erti penat lelah apa yang penting hasil yang dapat .Berani gagal adalah inspirasi utama beliau untuk terus maju menyusuri dunia perniagaan walaupun seribu satu risiko dan cabaran.Berbekalkan ilmu didada serta keiman terhadap yang esa insyaallah segala urusan dipermudahkan.

Moto Mega Aspirasi Copration
“Idea pengguna penjana jenama”

Kami dalam Mega Aspirasi Copration amat mengalu-alukan sebarang idea serta komen daripada pengguna kerana bagi kami kritikan adalah satu inspirasi kepada peningkatan produk kami.
Cabang produk kami adalah cenderahati berasaskan gelas.Tidak dinafikan dalam dunia tanpa sempadan segala maklumat hanya dihujung jari anda.Segala urusan ingin dipermudahkan tetapi tidak ramai yang mengambil peluang untuk menceburi bidang ini secara off line.Saya dapat simpulkan disini bahawa ramai masyarakat kita tidak sedar dan yakin bahawa perniagaan ini akan membuahkan hasil kepada mereka.Bagi mereka produk yang di alam maha banyak tipu mulihat serta andaian yang tidak munasabah.

Produk kami lebih kepada individu atau satu kumpulan yang besar inginkan satu majlis ataupun program beliau dijadikan sebagai satu penghargaan kepada para tetamu.Sebagai contoh majlis perkahwinan semestinya bakal pengantin sibuk menyiapkan pelbagai keperluan lain sehinggakan terlepas pandang cenderahati kepada tetamu,tetapi kami di Mega Aspirasi Copration telah pun menemui jalan penyelesaian anda terhadap kekusutan tersebut.
Tidak lupa juga kepada ahli-ahli koprat mahupun majlis serta program anjuran sekolah,universiti serta peringkat kampung turut kami tawarkan kepada anda.Jangan pernah risau tentang tema program anda kerana kami akan menerima rekaan serta cadangan anda sebagai tema utama majlis anda.




Wednesday, 4 April 2012

NOTA JUTAWAN NOTA MOTIVASI

  • Tidak dinafikan hidup kita akan sentiasa berhadapan dengan pelbagai risiko..
  • Ia berlaku sama ada secara sengaja mahupun tidak sengaja.
  • Tetapi sebagai manusia yang mempunyai akal fikiran yang waras pastinya mahukan yang terbaik dalam kehidupan beliau kan???
  • Kita dalam kehidupan semestinya mempunyai kenalan tetapi sejauh mana kita mahu kenalan itu memberi manfaat kepada kita.
  • Sejuta nasihat yang cuba diberi adakah berbaloi atau sekadar omong kosong semata-mata bagi mengisi kekosongan waktu dan hati.
  • Untuk mendapat sejuta motivasi kita perlulah mempunyai bulatan kenalan yang positif dan belajar untuk hidup luar dari kotok pemikiran lama untuk terus hidup sebagai insan yang berjaya.
  • Semangat kita untuk melakukan sesuatu ada dua aspek iaitu fizikal dan mental,fizikal akan mencorak watak kita dalam keghairahan melakukan sesuatu pekerjaan manakala aspek mental kita akan lebih memikiran corak imaginasi untuk memajukan pekerjaan kita selanjutnya.
BELAJAR MENGINGATI SAAT  YANG GENTING UNTUK MEMANGGIL KEMBALI MOTIVASI ANDA!!!!

Monday, 2 April 2012

Bila berfikiran negative adalah baik


Bila berfikiran negative adalah baik

Walaupun selalu kita dengar berfikiran positif dimestikan untuk berjaya ,adakalanya berfikiran negative juga dapat membantu dalam kejayaan ,SEPERTI:

  • Ø   Berfikiran negatif dapat member amaran kepada kita tentang bahaya.
  • Ø   Berfikiran negatif dapat membantu kita menangani apa yang kita tidak mahu,sesuatu yang kita tidak inginkan dan sesuatu yang tidak memberikan kegembiraan kepada kita.
  • Ø  Berfikiran negatif dapat member kita cara memulihkan sesuatu dengan langkah-langkah positif yang menjadi suatu refleks apabila membuat keputusan.
                                   
Anggap berfikiran negatif sebagai amaran untuk mengelakkan daripada sesuatu yang tidak diinginkan berlaku.
Sebagai contoh,dalam memulakan perniagaan,terdapat risiko seperti tiada permintaan atas produk yang anda ingin niagakan.

Walaupun ini merupakan berfikiran negatif ,adakalanya memang benar bahawa produk yang ingin dijual,pada hakikatnya tidak mempunyai permintaan!!!