![]() |
kraf kertas diaplikasikan sebagai cenderamata. |
WANG DENGAN KRAF
Pernah anda dengar ungkapan ‘semai,baja dan tuai wang dengan kraf’? Pasti anda sendiri terbetik dihati apa yang kami ingin katakan.Rata-rata di antara kita mempunyai nilai kreativiti dan minat juga kemahiran dalam bidang kraf.Tak kiralah apa jenis kraf ,samada ianya dihasilkan sekadar untuk suka-suka ,sebagai alat perhiasan di rumah ataupun cenderamata kepada insan tersayang ianya benda bernilai yang boleh menjana wang.Benarkah?
Industri kraf di Malaysia semakin berkembang biak apatah lagi dengan sokongan padu oleh pihak kerajaan sendiri tamsilnya mengadakan pameran kraf yang mendapat sambutan hangat saban tahun dan penubuhan Institut Kraf Malaysia sebagai platform dan kayu penggerak kepada aktiviti kraf dalam kalangan masyarakat kita.Dahulunya seni kraf ini dipandang sepi oleh masyarakat dan dianggap hanya sesuai untuk orang kampung namun kini persepsi itu semakin terhakis .
Seni kraf kini mendapat tempat dihati para usahawan muda yang mula berjinak –jinak dalam medan bisnes .Bak kata Dr.Irfan Khairi ,’’jual dan buat apa yang anda minat dan tahu’’.Bermula daripada minat biasa,seni kraf kini menjadi medan bisnes dimana anda mampu semai ,baja dan tuai wang dengan hanya menjual hasil seni kraf kreatif anda di medan internet .
Kemahiran seni kraf contohnya membuat kerongsang daripada kain felt yang kini baru berkembang jarang diteroka orang ramai dan sukar untuk kita cari pengusaha yang berani menjual produk mereka di internet walhal produk sebegini kurang persaingan berbanding produk seperti tudung ,selendang ataupun pakaian Muslimah yang sekarang menguasai lapangan bisnes internet.Peluang sebegini sepatutnya anda rebut kerana bisnes hasil seni kraf menjimatkan kos namun mampu menjana pendapatan lumayan .
Buka mata dan persepsi anda mengenai bisnes berasaskan kraf .Ramai kata yang bisnes ini sukar,banyak halangan ,memakan masa,terpaksa berkorban tenaga dan susah nak dapatkan bekalan produk.Tapi sebagai manusia kita harus berani mencuba.Kalau tak cuba ,jangan berani beri tanggapan tak berasas.Selain anda dapat semai,tuai dan baja wang dengan kraf ,anda tidak langsung membantu pihak kerajaan memartabatkan seni kraf di medan dunia.
Sekarang,jangan jadikan alasan sebagai pelemah semangat dan minat anda untuk menceburi bisnes berasaskan kraf.Pasti anda mampu semai ,baja dan tuai wang jika anda anda kesungguhan yang mantap.
![]() |
kraf kreatif yang menjadi kegilaan remaja |
No comments:
Post a Comment