Kisah sebenar perniagaan kami.
Idea penubuhan nama syarikat kami adalah hasil cetusan idea kawan-kawan.
Tercetusnya Mega Aspirasi Copration atas kesungguhan kami dalam bidang perniagaan
tidak mengira risiko yang bakal kami tempuhi kelak .
Mega Aspirasi Copration.
Mega membawa erti besar dan kekuatan.Kami akan melebarkan sayap perniagaan kami diluar jangkaan jualan .Selain itu,kami juga akan memperkenalkan produk-produk baru pada suatu masa akan datang.Tidak dinafikan persaingan adalah suatu kemestian dalam apa jua perniagaan mahupun dalam kehidupan sendiri.Kepelbagaian produk akan menjadi satu persediaan dalam menghadapi pelbagai kemuskilan yang akan dihadapi .
Aspirasi adalah satu simbolik idea yang datang dari ahli kumpulan kami mahupun pengguna sendiri tentang rekaan produk .Idea amat penting dalam menghasilkan sesuatu produk tetapi idea datangnya daripada soalan.Jadi tidak perlulah kita takut dengan ketiadaan idea tetapi, sebaliknya ketakutilah jika ketandusan soalan.
Copration ialah satu simpulan kerjasama antara ahli kumpulan dengan komitmen pengguna tentang keberhasilan sesuatu produk.Kerjasama amat penting bagi kami dalam perniagaan perkongsian kerana ada kata-kata punjangga ada menyebut bulat air kerana pembentung,bulat kata kerana muafakat.
Kami mempunyai lima orang ahli kumpulan yang berdiri megah serta komitmen yang bersepadu demi memajukan Mega Aspirasi Copration serta setiap daripada kami diagihkan kepada beberapa tugasan masing-masing.
Nur Shafiza binti Ishak anak kelahiran Baling,Kedah adalah CEO Mega Aspirasi Copration.Beliau amat memainkan peranan penting dalam perniagaan ini .Beliau sangat mementingkan kualiti serta mutu kerja setiap ahli kumpulan dalam memghasilkan produk yang berkualiti.Selain itu,dengan sifatnya yang lemah –lembut serta seorang yang berjiwa kental tanpa mengenal erti kegagalan dalam kehidupan .
Suzana binti Hashim anak kelahiran Muar,Johor adalah eksekutif mereka cipta produk kami.Beliau adalah seorang yang tegas serta yang menepati masa juga janji.Penglibatan beliau dalam perniagaan kami banyak mencorakkan buih-buih warna dalam perniagaan serta keharuman .Tidak dinafikan juga beliau seorang yang amat selesa jika diberikan tugasan yang mencabar serta senang dibawa berbincang.
Nurul Amira binti Abd Hamid anak kelahiran Pasir Mas,Kelantan adalah eksekutif mereka cipta produk kami.Beliau yang dikenali sifatnya yang lemah-lembut serta pendiam antara ahli kami ,akhirnya telah membuktikan komitmen beliau yang sangat memuaskan terhadap Mega Aspirasi Copration.Idea-idea terhadap penghasilan produk kami amat beliau menitikberatkan soal kualiti serta mutu produk.Kelincahan beliau dalam Mega Aspirasi Copration disenangi setiap ahli kumpulan.
NurSyamsinar Aini binti Hashim anak kelahiran Rompin,Pahang adalah eksekutif perakaunan Mega Aspirasi Copration.Tidak dinafikan tugas beliau adalah amat berat dalam menanggung tanggungjawab memikulan tugas sebagai pemegang amanah Mega Aspirasi Copration.Beliau yang ghairah dalam jawatannya amat kami senangi kerana disitu kami dapat melihat komitmen beliau terhadap syarikat.
Shuhada binti Md. Sani anak kelahiran Baling,Kedah adalah eksekutif pemasaran dalam Mega Aspirasi Copration.Mempunyai minat yang mendalam dalam dunia perniagaan sejak dibangku sekolah lagi.Bercita –cita seorang ahli perniagaan yang berjaya serta komited terhadap pekerja adalah kemestian dalam hidupnya.Berjiwa yang riang serta senang didekati kawan adalah sifat yang dimiliki tetapi senang dipengaruhi.Berkecimpung dalam pemasaran adalah minat serta keghairah beliau,tidak mengerti erti penat lelah apa yang penting hasil yang dapat .Berani gagal adalah inspirasi utama beliau untuk terus maju menyusuri dunia perniagaan walaupun seribu satu risiko dan cabaran.Berbekalkan ilmu didada serta keiman terhadap yang esa insyaallah segala urusan dipermudahkan.
Moto Mega Aspirasi Copration
“Idea pengguna penjana jenama”
Kami dalam Mega Aspirasi Copration amat mengalu-alukan sebarang idea serta komen daripada pengguna kerana bagi kami kritikan adalah satu inspirasi kepada peningkatan produk kami.
Cabang produk kami adalah cenderahati berasaskan gelas.Tidak dinafikan dalam dunia tanpa sempadan segala maklumat hanya dihujung jari anda.Segala urusan ingin dipermudahkan tetapi tidak ramai yang mengambil peluang untuk menceburi bidang ini secara off line.Saya dapat simpulkan disini bahawa ramai masyarakat kita tidak sedar dan yakin bahawa perniagaan ini akan membuahkan hasil kepada mereka.Bagi mereka produk yang di alam maha banyak tipu mulihat serta andaian yang tidak munasabah.
Produk kami lebih kepada individu atau satu kumpulan yang besar inginkan satu majlis ataupun program beliau dijadikan sebagai satu penghargaan kepada para tetamu.Sebagai contoh majlis perkahwinan semestinya bakal pengantin sibuk menyiapkan pelbagai keperluan lain sehinggakan terlepas pandang cenderahati kepada tetamu,tetapi kami di Mega Aspirasi Copration telah pun menemui jalan penyelesaian anda terhadap kekusutan tersebut.
Tidak lupa juga kepada ahli-ahli koprat mahupun majlis serta program anjuran sekolah,universiti serta peringkat kampung turut kami tawarkan kepada anda.Jangan pernah risau tentang tema program anda kerana kami akan menerima rekaan serta cadangan anda sebagai tema utama majlis anda.
No comments:
Post a Comment