Wednesday, 11 July 2012

tips memilih cenderahati kraf

A
bakul mini daripada rotan yang klasik
pabila tiba musim cuti sekolah,biasanya banyak program atau majlis yang dijalankan contohnya kem motivasi,seminar ,majlis perkahwinan dan sebagainya.Lantaran itu,para penganjur juga mula kalut untuk mencari cenderamata terbaik sebagai tanda mata kepada tetamu yang mereka hargai.Hal ini biasa kerana mereka iaitu  para penganjur sukar untuk mendapatkan cenderamata yang menarik di kedai -kedai hadiah kerana mereka menyediakan pilihan terhad. Selain itu,mereka juga tidak dapat memenuhi kehendak anda sebagai pelanggan.

      Lazimnya,kita sering mendapat cenderamata yang biasa-biasa sahaja daripada orang lain contohnya pada hari lahir kita .Antaranya ialah bunga,coklat ,pen dan sebagainya.Jarang -jarang sekali kita melihat orang memberi kita hadiah yang berasaskan kraf bukan ? Sebenarnya banyak cenderamata berasaskan kraf yang menarik perhatian anda  seperti gelas kraf,beg tangan mengkuang  ,dan banyak lagi.Terbukti , jika kita lihat di Pasar Payang Kuala Terengganu,rata-rata  peniaga di sana berniaga barang cenderahati kraf dan mendapat sambutan hangat daripada penduduk tempatan malah pelancong luar negara.

       Istimewanya cenderahati kraf ini ialah,harganya yang lebih murah,menjimatkan wang ,'handmade',menarik  unik serta kelihatan eksklusif berbanding cenderahati lain.Antara tips penting untuk memilih cenderahati kraf yang sesuai ialah :-
 
1) Mengikut tema majlis - Pemilihan cenderamata mesti bertepatan dengan majlis anda.Contohnya untuk  majlis seminar perlulah memilih cenderahati yang eksklusif dan nampak mahal.Mahal bukan dari aspek harga tetapi pada rupanya.
 
kipas tangan anyaman mengkuang 
2) Sesuai dengan bajet anda.  - Apabila anda telah menetapkan bajet anda dibawah harga yang agak sederhana,sebaiknya pilih hadiah yang ringkas namun nampak menarik.

3) Menunjukkan simbolik kepada sesuatu.- Hadiah yang kita beri bukan sahaja sekadar tanda penghargaan kepada tetamu majlis anda ,namun ianya harus mempunyai simbolik yang cuba anda sampaikan.Hal ini agar ,tetamu merasa diri mereka begitu istimewa .Contohnya,hadiah beg tangan mengkuang simbol kepada seseorang itu akan anda bawa dalam hati anda kemana sahaja.

beg kraf penuh unik
4) Unik tapi menarik.- Cenderahati yang berasaskan kraf sememangnya pantas untuk dijadikan cenderahati kerana ia tampak unik namun menarik.Berikan tetamu sesuatu hadiah yang jarang -jarang sekali boleh didapati agar ianya nampak istimewa malah eksklusif.Malah,hadiah murah juga akan nampak mahal.Contohnya bunga kain felt,gelas kraf,dan banyak lagi.

Jadi ,ini sahaja tips mini yang dapat kami kongsikan untuk anda memilih cenderahati menarik untuk tetamu yang datang ke majlis anda.Pastikan mereka pulang dengan senyuman ,dan anda juga merasa puas kerana dapat meraikan tetamu dengan tanda mata yang sesuai.

Sunday, 17 June 2012

usahawan komisen


Usahawan komisen.

Anda adalah salah seorang yang mengemari kerja sambilan atau anda kesuntukan masa dengan aktiviti lain.
Saya ada satu cerita yang ingin dikongsikan bersama pembaca.

             Kita selalu dengar usahawan komisen satu trade mark bagi kita .Tetapi usahawan komisen mempunyai satu keghairah yang luar biasa tanpa disedari oleh orang lain,hanya pemilik abadi sahaja yang merasainya.
            Bagi pelajar yang kesuntukan masa untuk membahagikan waktunya dengan kuliah,assignment dan aktiviti kampus anda semestinya stress untuk menjalankan perniagaan ini.
Jika anda adalah seorang ghairah dengan perniagaan komisen pastinya anda akan mencari jalan untuk menjayakan perniagaan ini seadanya.

          Kita jangan pernah bersunggup untuk cakap tidak jika pelanggan kita tidak mahu membeli produk kita ,apa yang penting kita telah melakukan langkah pertama dalam perniagaan ini.Perkataan letih memang tidak lekang daripada kehidupan kita seharian .jadi kitalah yang akan mencari jalan keluar untuk meraih kembali hati pelanggan untuk membeli produk kita walaupun dengan satu unit.

        KOMISEN adalah satu pulangan yang selalu disalah anggap bahawa pulangannya adalah tidak seberada.Tetapi bagi pelajar yang inginkan ekonominya di kampus sentiasa stabil insyaallah inilah jalan yang terbaik untuk beliau menceburi perniagaan ini.

KITA BERHAK MELAKUKAN SESUATU KELAINAN DALAM CARTA ALIRAN KEHIDUPAN  KITA AGAR SENTIASA MENAMPAKKAN WARNA –WARNI KIEHIDUPAN.

ANDALAH PENENTU MASA HAPADAN DIRI SENDIRI.

Tuesday, 12 June 2012

bisnes kecil jadi untung besar lantas jadi jutawan


Bisnes kecil jadi Untung besar  lantas   jadi JUTAWAN
Gugurnya usaha kita sekarang bakal menggugurkan kejayaan kita kelak
 
               Bercakap mengenai bisnes,samada ianya bersaiz cilik waima mega empayar sudah tentunya motif utama ialah untung bukan .Permulaannya,mesti untung yang diperolehi sekadar bak kata orang ‘cukup-cukup makan ‘ sahaja atau yang lebih sadis lagi tiada keuntungan langsung.Namun dengan keuntungan yang kecil ini sebenarnya mampu membiak hingga perkataan jutawan sudah layak  ditempel sebagai status kita jika ada tekniknya.Bagaimana ya?

               Rata-rata diluar sana kerap mempertikaikan kebolehan keusahawanan remaja.Adakah mereka ini cukup dengan pengalaman sedangkan usia baru setahun jagung? Mampukah mereka menerajui bisnes dengan pengetahuan setakat diploma yang masih belum habis? Ada modal ke? Dan banyak lagi pertanyaan yang terpercik diluar fikiran .Persoalannya,ada atau tidak kesungguhan dalam diri remaja itu sendiri yang paling utama?


         Dr.Irfan Khairi pernah berkata, dalam usia remaja sekitar 18 tahun adalah permulaan yang baik untuk berjinak dalan dunia bisnes.Ya,mengapa ianya menjadi mustahil bagi kita sekarang sedangkan beliau dahulu menerajui bisnes internet ketika masih dalam pengajiannya .Bagi langkah awal, mulakan bisnes kecil-kecilan dan biasakan diri anda dengan melihat pasaran apakah produk yang mendapat sambutan. Dengan disokong oleh kecanggihan teknologi sekarang,untuk memulakan bisnes bukanlah sesukar dahulu.Blog,laman sosial,you tube dan laman web adalah alat-alat penting untuk mempromosi dan menjana produk anda untuk laris di pasaran internet.

      Dalam memilih jenis produk pula,pilih produk yang mudah untuk mendapat bekalan supaya memudahkan urusan jualan selain intepretasikan minat anda sebagai cabang bisnes.Contohnya ,jika anda suka bidang kreatif anda boleh menjual kerongsang ,barang hiasan mahupun cenderamata seperti gelas yang anda buat sendiri.Disini,anda dapat meneruskan minat anda sambil menjana wang.Bisnes kecil jadi untung besar lantas jadi jutawan.Tak mustahil bukan?

       Remaja kini perlu ceburi bidang bisnes  sebagai jaminan masa depan.Tidak salah berbisnes ketika masih menuntut.Kini,ramai usahawan remaja mempromosikan perniagaan internet mereka secara meluas terutama di majalah dan sebagainya. Selain menjana pendapatan ,anda juga mampu mencedok pengalaman bisnes sebelum menempuh alam karier nanti.Malah pihak kerajaan semakin peka dengan medan  keusahawanan dengan menggalakkan para siswa dan siswi berkecimpung dalam perniagaan disebabkan isu lambakan graduan dan pengangguran .
.
       Akhir kalam,bisnes adalah bidang terbuka.Anda sebagai generasi Y usah gentar dan takut untuk mendekati bisnes.Ingat kata –kata saya  ‘bisnes kecil jadi untung besar lantas jadi jutawan.Anda tidak mahu jadi jutawan muda?
Mentor jutawan internet yang wajar dicontohi- Dr.Irfan Khairi
                                                                                              -Menjadi jutawan bukan mustahil.Satu                                                                                                     langkah yang
                                                                                                Mudah boleh merubah masa depan anda.

Friday, 18 May 2012

garisan perniagaan dalam islam


Garisan perniagaan dalam islam.

Anda pasti banyak pengalaman dalam perniagaan tetapi kadang-kadang  terfikir sejauh mana perniagaan aku dalam islam.
Disini saya ingin berkongsi serba sedikit tentang persoalan yang berbuah dalam fikiran anda.
Rasulallah pernah berfirman yang bermaksud 9 daripada sumber pendapatan kita adalah daripada  perniagaan jadi, disini jelas menampakkan betapa besarnya  cabang perniagaan dalam konteks islam.Jadi janganlah anda berasa takut dalam mencuba apa itu perniagaan.
Berniaga secara teratur akan menampakkan kita kepada lebih  profesional dan diberkati oleh tuhan.

1.Berniaga secara ikhlas tanpa mengurangkan timbangan serta menipu pihak pembeli.

2.Sentiasa redha dengan pemberi  tuhan terhadap rezeki  yang diperolehi.

3.Apa yang  penting keluarkan zakat mengikut nisbah untung perniagaan .

4.Tidak bakhil dalam membelanjakan wang pada keluarga mahupun masyarakat.

5.Sentiasa bersyukur terhadap rezeki yang diperolehi dan sentiasa mengingati saat susah dan senang.

6.Menggunakan wang ke jalan yang diredhai oleh tuhan.

Jika anda sentiasa mengikuti serta mengamal garisan ini insyallah andalah usahawan yang dicari dalam dunia perniagaan sekarang.Biarlah kita dinampak tidak mengikut arus tren yang dikatakan hebat sangat sehingga sanggup mengabaikan syariat islam yang menjaminkan syurga firdaus kapada umatnya.

Masyarakat kita mudah sangat goyah dengan pengaruh luar yang kononnya diagung-agungkan semata-mata demi wang.Kita berhak memilih jalan yang telah terdampar diluar sana  sama ada kearah kejahilan mahupun keredhaan.Tidak mudah untuk kita membuat keputusan tetapi dengan pegangan iman yang kuat insyallah kita akan menemui jalan yang benar.

ANDALAH YANG MEMILIH KEHIDUPAN INI.UNTUK MENCAPAI ZON SELESA RASAILAH ZON SUKAR KERANA DILUAR SANA TELAH TERSEDIA UNTUK ANDA SUATU HADIAH LUAR BIASA.  

Wednesday, 2 May 2012

formula citarasa dalam perniagaan


FORMULA CITARASA DALAM PERNIAGAAN...

Tidak dinafikan setiap insan inginkan kehidupan yang selesa setiap kali mereka bergelar manusia .DISINI ANDA AKAN MENEMUI SEMUA KEINGINAN ANDA..
Keinginan adalah satu kemahuan terhadap sesuatu benda.Kehendak manusia tidak pernah ada had nya.Abraham Maslow mencipta hieraki keperluan manusia.Untuk mencapai tahap keselesaan kita akan melalui pelbagai liku-liku cabaran dalam kehidupan.

JALAN UNTUK MENCAPAI KEINGINAN..

@Niat apa yang anda inginkan.

@bayangkan keinginan anda yang indah dan eksklusif.

@seimbangkan semangat fizikal dan mental.

 @sentiasa lahirkan semangat anda dengan membaca buku dan mendengar nasihat dari orang pakar.

@bertindak dengan segera pada keadaan sesuai.

@sentiasa bersyukur pada rezeki yang telah ditentukan oleh tuhan.

@teruskan usaha anda jika mmenghadapi kegagalan.

@percaya dengan hikmah dan bertawakal.

Tidak ada perkara yang mudah untuk kita capai kejayaan.percayalah kita lah yang luar biasa dalam mencipta jurnal panjang kehidupan kita.Manusia adalah insan yang paling bertuah daripada mahkluk lain yang diberi akal untuk berfikir apa yang terbaik untuk mencipta dengan tangan sendiri apa yang kita lihat sekarang...BERTUAH SUNGGUH...shu


‘ISLAM SUKA ORANG YANG SANGAT BERJAYA’
BAGAIMANA HENDAK MENJADI ORANG YANG SANGAT BERJAYA? ADA BEBERAPA TIP YANG MUNGKIN BERGUNA UNTUK SAUDARA SEMUA:




1) TETAPKAN MATLAMAT YANG TINGGI 
            
2) TETAPKAN TUMPUAN

3) KEMAHIRAN 4M IAITU MEMBACA, MENDENGAR, MENULIS,
MEMBENTANG
                                                                    
4) JADILAH JURULATIH

5) JANGAN HANGAT-HANGAT TAHI AYAM
                                    
                                  

Tuesday, 1 May 2012

FAKTOR YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN OLEH USAHAWAN APABILA MEMULAKAN PERNIAGAAN






FAKTOR YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN OLEH USAHAWAN APABILA MEMULAKAN PERNIAGAAN


ü MINAT, PENGETAHUAN(ILMU), DAN PENGALAMAN                           
                
ü MODAL
ü JENIS DAN MILIKAN PERNIAGAAN     
               
ü UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN
ü LOKASI
ü SUMBER BEKALAN
ü PERSAINGAN
             
                              
              
     
















Saturday, 28 April 2012

semai,baja & tuai wang dengan kraf

kraf  kertas diaplikasikan sebagai cenderamata.
SEMAI,BAJA & TUAI
WANG DENGAN KRAF

Pernah anda dengar ungkapan ‘semai,baja dan tuai wang dengan kraf’? Pasti anda sendiri terbetik dihati apa yang kami ingin katakan.Rata-rata di antara kita mempunyai nilai kreativiti dan minat juga kemahiran dalam bidang kraf.Tak kiralah apa jenis kraf ,samada ianya dihasilkan sekadar untuk suka-suka ,sebagai alat perhiasan di rumah ataupun cenderamata kepada insan tersayang ianya benda bernilai yang boleh menjana wang.Benarkah?

Industri kraf di Malaysia semakin berkembang biak apatah lagi dengan sokongan padu oleh pihak kerajaan sendiri tamsilnya mengadakan pameran kraf yang mendapat sambutan hangat saban tahun dan penubuhan Institut Kraf Malaysia sebagai platform dan kayu penggerak kepada aktiviti kraf dalam kalangan masyarakat kita.Dahulunya seni kraf ini dipandang sepi oleh masyarakat dan dianggap hanya sesuai untuk orang kampung namun kini persepsi itu semakin terhakis .

Seni kraf kini mendapat tempat dihati para usahawan muda yang mula berjinak –jinak dalam medan bisnes .Bak kata Dr.Irfan Khairi ,’jual dan buat apa yang anda minat dan tahu’.Bermula daripada minat biasa,seni kraf kini menjadi medan bisnes dimana anda mampu semai ,baja dan tuai wang dengan hanya menjual hasil seni kraf kreatif anda di medan internet .

Kemahiran seni kraf contohnya membuat kerongsang daripada kain felt yang kini baru berkembang jarang diteroka orang ramai dan sukar untuk kita cari pengusaha yang berani menjual produk mereka di internet walhal produk sebegini kurang persaingan berbanding produk seperti tudung ,selendang ataupun pakaian Muslimah yang sekarang menguasai lapangan bisnes internet.Peluang sebegini sepatutnya anda rebut kerana bisnes hasil seni kraf menjimatkan kos namun mampu menjana pendapatan lumayan .

Buka mata dan persepsi anda mengenai bisnes berasaskan kraf .Ramai kata yang bisnes ini sukar,banyak halangan ,memakan masa,terpaksa berkorban tenaga dan susah nak dapatkan bekalan produk.Tapi sebagai manusia kita harus berani mencuba.Kalau tak cuba ,jangan berani beri tanggapan tak berasas.Selain anda dapat semai,tuai dan baja wang dengan kraf ,anda tidak langsung membantu pihak kerajaan memartabatkan seni kraf di medan dunia.

Sekarang,jangan jadikan alasan sebagai pelemah semangat dan minat anda untuk menceburi bisnes berasaskan kraf.Pasti anda mampu semai ,baja dan tuai wang jika anda anda kesungguhan yang mantap.

kraf kreatif yang menjadi kegilaan remaja 
-Pilihan ada di hadapan mata…satu keputusan yang dipilih bakal menjadi jambatan masa hadapan…tak kira mana satu pilihan yang dibuat…ia datang daripada fikiran dan kemahuan yang disandarkan pada keperluan.-