Friday, 23 December 2011

Perancangan Perniagaan

Sebelum melakukan sesuatu, kita perlulah membuat perancangan terlebih dahulu.


Sebelum melakukan sesebuah perniagaan ,seseorang individu itu haruslah membuat perancangan perniagaan iaitu satu dokumen yang menerangkan perniagaan dan projek yang ingin dilaksanakan.Rancangan perniagaan secara umum meliputi analisis,ramalan dan cara pelaksanaan strategi bisnes.Dan antara faktor kelemahan sesebuah perniagaan ialah disebabkan kegagalan usahawan mengatur perancangan perniagaan mereka dengan efisien.
Menyingkap kepentingan dalam membuat perancangan perniagaan ,penyediaannya dapat membuka lubang –lubang peluang untuk anda melihat serta menilai sebarang idea perniagaan dengan teliti ,objektif dan kritikal.Selain itu,ianya dapat memberi visual tentang daya maju sesuatu projek yang dirancang malah dapat membantu anda meramal masa depan projek yang  bakal dilaksanakan .
Perlu diingati, perancangan perniagaan anda juga membolehkan anda membuat anggaran keperluan sumber perniagaan agar pengagihan sumber lebih efisien kerana ketidakefisenan akan menyebabkan pembaziran sumber itu sendiri.Inya secara tidak langsung memberi gambaran kemungkinan masalah yang timbul sepanjang melaksanakan projek.
Mengetahui aktiviti perancangan adalah salah satu komponen utama dalam pengurusan perniagaan ,di sini saya jelaskan terdapat beberapa jenis perancangan yang dapat  membantu anda sebagai usahawan baru .Antaranya ialah perancangan strategic,operasi,tetap,sekali guna,pengurusan berasakan objektif(MBO) dan kontigensi.
Sebagai usahawan yang baru memasuki medan pertempuran bisnes,anda mungkin akan berhadapan dengan halangan perancangan berkesan yang rencam bukan?Kekangan seperti persekitaran operasi yang kabur,tentangan terhadap perubahan dan kesempitan masa adalah perkara biasa.Namun,anda ada penyelesaian kepada masalah ini antaranya melibatkan pekerja dalam membuat keputusan bersama-sama,mengamalkan toleransi dalampelbagai pandangan serta menggalakkan pemikiran kritikal.
Perancangan perniagaan yang bijak mengambil kira 3 tahap iaitu:
·        PERANGANGAN STRATEGIK-keputusan tentang pengagihan sumber prioriti syarikat dan langkah untuk menuju matlamat .

·        PERANCANGAN TAKTIKAL-perancangan jangka pendek untuk melaksanakan perancangan strategik.

·        PERANCANGAN OPERASI-penetapan target jangka pendek .

Oleh itu,anda sebagai bakal usahawan harus mengambil kira aspek penting dalam perancangan perniagaan anda agar dapat melaksanakan pengurusan yang sistematik dan efisien.Aktiviti merancang perniagaan harus menjadi fokus utama dalam menentukan matlamat samaada untuk  jangka pendek mahupun jangka panjang dalam sesebuah syarikat.Sesungguhnya perancangan perniagaan yang bijak mampu menjadi meteor yang kental bagi menaikkan prestasi sesebuah organisasi.




SENI PERNIAGAAN


Adakah anda semua tahu apakah yang dimaksudkan seni perniagaan?Kebanyakan daripada kita hanya tahu beberapa seni sahaja dalam hidup mereka seperti seni lukisan,catan atau sebagainya.Bagi seorang usahawan yang berjaya,seni perniagaan amatlah penting dalam perniagaan mereka.Hal ini  demikian,seni perniagaan yang mereka perolehi dapat membantu mereka belajar mengenai selok belok perniagaan.Kesenian ini lebih menjurus kepada sikap seorang usahawan yang peka terhadap perniagaan mereka.Contohnya cara mengurus sebuah syarikat tersebut,usahawan tersebut perlulah menjalankan perniagaan dengan praktikal dan sentiasa fleksibel.Usahawan juga perlu pandai menyesuaikan diri dengan keadaan dan membaca rentak perniagaan pesaing mereka serta kemahuan pelanggan.Kepuasan para pelanggan amat penting bagi seorang usahawan tersebut.Malah seorang usahawan itu perlulah kreatif dalam mengurus hal perniagaannya,kerana mereka perlu melakukan pembaharuan sejajar dengan perubahan zaman.Janganlah bersikap seperti katak bawah tempurung kerana sikap itu tidak akan membawa anda semua menuju kejayaan yang cemerlang.Seni peniagaan juga mengajar seseorang usahawan bahawa setiap urusan perniagaan mempunyai peraturan-peraturan yang perlu ikuti.Antara peraturannya itu adalah tidak boleh mementingkan diri sendiri,bersikap jujur pada diri dan orang lain,bertanggungjawab,melakukan yang terbaik,bersaing secara sihat,bekerjasama apabila keadaan memerlukan,jangan tamak,banyak bersabar serta tidak terlalu berkira.Para usahawan yang tidak mengendahkan peraturan-peraturan ini tidak akan mendapat tempat peniagaan dengan usahawan lain.Bagi usahawan yang sombong,angkuh dan tidak mesra,lambat laun akan kehilangan pelanggannya dalam sekelip mata.Jadilah anda semua perlulah sentiasa bersabar dalam menempuh segala dugaan dalam dunia perniagaan ini.Malah,anda semua perlu berusaha menjadikan hubungan rapat dengan para pelanggan.Dengan kata lain, usahawan perlu bersikap ringan tulang,peramah dan menjadikan pelanggan mereka sebagai sahabat rapat ataupun saudara.Kemesraan persahabatan yang terjalin akan melahirkan kepercayaan  dan keyakinan antara peniaga dan para pelanggan.Kebanyakan kita lebih suka menjalankan urusan perniagaan dengan orang kita kenali dan boleh dipercayai.Perhubungan sesama manusia amatlah amatlah penting dalam urusan perniagaan.Oleh itu,marilah kita bersama-sama mengekalkan sebuah perhubungan yang terjalin.Secara kesimpulannya,seni perniagaan perlulah diterapkan dalam diri para usahawan yang ingin berjaya.


Wednesday, 21 December 2011

SULAMAN ATAU BORDIR

Antara contoh sulaman




Bila kita sebut tentang sulaman,pasti ramai yang teruja terutama golongan wanita kerana hasil seninya yang bukan sahaja unik malah cantik di pandangan mata.Namun,untuk menghasilkan sulaman yang cantik dan kemas serta mempunyai corak yang menarik bukanlah kerja mudah.Kemahiran,kecekalan dan kesabaran yang tinggi perlu ada pada seseorang yang ingin menghasilkan sulaman.Dan tidak hairanlah caj yang dikenakan bagi sesuatu jenis sulaman berbeza dan agak tinggi namun bagi yang mempunyai minat terhadap seni sulaman,mereka sanggup melabur wang untuk memperagakan seni sulaman pada pakaian mereka untuk kelihatan menarik contohnya pada baju kurung mahupun selendang .
Bordir atau sulaman selalunya dibuat di atas kain atau bahan lain dengan jarum jahit dan benang .Selain benang ,hiasan untuk sulaman juga dapat menggunakan bahan-bahan seperti potongan logam ,mutiara,manik-manik,bulu burung dan payet.
Antara jenis tusukan yang umum di kenali dalam menyulam dalah tusuk rantai ,tusuk jelujur ,tusuk kelim,dan tusuk silang.Selain dijahit dengan tangan ,sulaman dibuat dengan mesin jahit dan mesin jahit komputer.
Kain dan benang yang digunakan berbeza-beza mengikut tempat dan negeri.Sejak ribuan tahun dahulu ,kain atau bedang dari wol linen,dan sutera sudah digunakan untuk sulaman.
Sulam pita adalah sulaman yang menggunakan pita berbagai ukuran dan bahan untuk membuat motif-motif bunga.Pita memberi efek tiga dimensi kerana ukuran pita lebih besar dari benang.Hasil sulaman pita juga lebih dekoratif kerana bahan pita yang lebih beragam.
Hasil akhir sulaman dapat dibezakan menjadi:
·        Sulaman datar
·        Sulam kerawang misalnya untuk tapak meja dan pinggiran kebaya .
·        Sulam timbulyang membentuk permukaan gelombang di permukaan kain sesuai lekuk gambar.

JENIS
·        Sulam bebas
Dalam sulambenang ,benang dijahit di atas kain dengan mengabaikan pola tenun kain .Teknik sulaman seperti ini digunakan dalam sulamwol seperti bordir tradisional Cina  dan jepun.
·        Sulam hitung jahitan.
Sulaman dibuat sambil menghitung jumlah jahitan yang dibuat.Dilakukan di atas kain tenun sejajar seperti kain kanvas ,kain aida ,kain strimin ,dan kain linen.Jenis sulaman adalah kruistik ,assisi,needlepoint dan blackwork.

Sunday, 18 December 2011

Songket Silungkang

Songket silungkang


Seni songket antara salah  satu seni yang popular sejak zaman –berzaman dam merupakan seni budaya yang dipercayai berasal dari dataran China sejak 1000 tahun lalu.Tenun songket muncul di Thailand yang kemudiannya terus tersebar ke beberapa negeri terutamanya Terengganu dan Kelantan lalu bergerak ke beberapa daerah di Indonesia seperti Siak, Palembang dan Silungkang .
Songket Silungkang pastinya jarang kita dengar dan barangkali  tak menyedari kewujudannya.Songket ini berasal dari Selangor yang telah melalui perjalanan sejarah yang panjang .Baginda Ali yang berasal dari Kampung Dalimo Singkek serta hulubalangnya telah membawa ilmu menenun songket ini dari Selangor ke Silungkang sekitar abad ke-6 iaitu 400 tahun lalu.
Kain songket ini turut menjadi lambang kebanggaan bagi orang Maluku yang mempunyai persepsi bahawa setiap keluarga perlu menyimpan paling minimum 20 helai songket Silungkang untuk di anggap sebagai sebuah keluarga elit.Dikuatkan  lagi, pengaruh kain songket ini turut dijadikan sebagai pakaian adat perkahwinan di Minahasa Sulawesi Utara yang dipakai oleh pengantin perempuan.
Antara lokasi penghasilan songket ini ialah di Kampung Batu Manonggu  ,malahan setiap rumah di sana terdapat alat tenun(palantai) untuk mempromosi kain songket sebagai industri kecil-kecilan.Yang menariknya, jika ada pelancong yang berkunjung ke Silungkang untuk melihat proses menenun songket ini mereka akan dibawa ke bawah rumah yang terdapat alat tenun.Songket Silungkang bukan sahaja nampak gemilang di tanah Indonesia ,malah turut melebarkan sayap keunggulannya di beberapa Negara Eropah seperti Belanda,Inggeris,Perancis dan Belgia .Masyarakat di benua Eropah turut  tidak ketinggalan  mengumpul koleksi kain tenun songket Silungkang yang mencecah usia 100 hingga 200 tahun di rumah mereka .Sesuatu yang dapat dibanggakan apabila seni budaya masyarakat Melayu turut mendapat pengiktirafan oleh masyarakat luar.Begitulah secebis kisah lembaran sejarah songket Silungkang yang unik .

Golongan belia yang terlibat dalam aktivti menenun songket silungkang.

Friday, 16 December 2011

Manik

‘’Manik adalah benda indah.Setiap butir merupakan  karya seni kecil.Sesungguhnya manik adalah bentuk seni pertama yang dikenal di mana pun.Semua orang menggemarinya tidak ada yang menggunakanya!”  (Peter Francis Jr.,seorang ahli manik dari America)
Manik-manik atau beads merupakan sebutan pada benda-benda yang relatif kecil,dilubangi pada bahagian tengah dan pada umumnya diuntai atau dironce dengan benang/tali. Secara tradisional manik-manik dari cengkerang,batu,kayu,getah,biji-bijian,tulang,taring,kaca dan bahan-bahan sederhana lainnya hingga menggunakan bahan yang memerlukan pengolahan lebih lanjut dan keahlian khusus,seperti dari bahan keramik,plastik,porselin dan logam.


Kaitannya dengan zaman prasejarah Indonesia,manik-manik sering ditemukan dalam berbagai ekskavasi  purbakala di Indonesia.Manik-manik dapat bercerita banyak tentang perdagangan,gagasan,pembaharuan teknologi,perindustrian,apresiasi seni,pengaturan sosial dan kepercayaan .Di Mesopotamia,manik-manik gading dari kalsit tembus cahaya yang terbuat dariakik dan kuarsa.Banyak di antaranya mempunyai ukiran menarik.


Di  Asia terutama zaman kekaisaran Moghul di India dan kekaisaran Cina,manik-manik menjadi salah satu aksesori penting bagi wanita.Di Amerika Selatan, manik-manik dari kulit kerang,batu pirus,kuarsa dan emas dihasilkan oleh peradaban pra-Kolombia dan Mexico.

Kaca Berwarna

Salah satu contoh kaca bewarna yang digunakan di gereja.

Pasti kita pernah mendengar tentang kaca berwarna. Tahukah anda bahawa penggunaan kaca berwarna atau dalam bahasa Inggeris disebut sebagai “stained glass” ini telah melangkau berabad lamanya. Pada zaman dahulu, penngunaan kaca berwarna ini begitu sinonim dengan gereja atau tempat-tempat bersejarah. Tingkap pada gereja dihiasi indah dengan pelbagai ukiran yang diaplikasikan pada kaca tersebut. Jadi, tidak hairanlah gereja lama menjadi antara tempat tumpuan pelancong dari seluruh pelusuk dunia yang ingin menjamu mata mereka melihat keindahan yang terselit pada karya seni kaca berwarna.

                Melalui perkembangan teknologi yang kian moden, penghasilan kaca ini menjadi semakin menarik dan diminati ramai dek kerana nilai seni yang terdapat padanya. Malah terdapat kaca berwarna yang diberi nafas baru seperti bentuk tiga dimensi.

                Mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah kaca ini dihasilkan, betul bukan? Kaca berwarna ialah kaca yang diwarnakan dengan menambah garam metalik ketika penghasilannya. Kemudian kaca tersebut dibentuk menjadi kepingan-kepingan gelas yang kecil yang kemudiannya disusun menjadi bentuk, corak atau gambar. Secara tradisional,kaca ini dicantum dengan jaluran logam dan disokong oleh bingkai yang kukuh.

                Kaca berwarna merupakan hasil seni yang halus pembuatannya, memerlukan kemahiran artistik untuk menghasilkan corak yang bersesuaian. Manakala kemahiran kejuruteraan diperlukan untuk menyambungkan kepingan-kepingan kaca tersebut menjadi bentuk yang sempurna. Untuk memastikan hasil yang terbaik, ruangan untuk meletakkan kaca ini perlulah muat sepenuhnya untuk mengelakkan kecacatan pada jendela tersebut,selain perlu tahan rintangan angin dan air. Bagi jendela yang besar, ia perlulah mempunyai bingkai yang kukuh untuk menampung beratnya.

                Salah satu jenis kaca berwarna ialah kaca silinder. Dengan menggunakan “blow-pipe”, kaca yang telah lebur diambil daripada tempat pemanasan di dalam relau. Kemudiaannya dibentuk kepada bentuk yang dikehendaki dan gelembung udara ditiupkan ke dalamnya. Peralatan seperti acuan kayu yang telah direndam di dalam air, alat-alat logam dan graviti diperlukan untuk proses manipulasi dimana kaca tersebut  dibentuk menjadi silinder yang panjang. Setelah kaca tersebut sejuk, ia dipanaskan sekali lagi untuk meneruskan proses manipulasi yang seterusnya. Ketika proses tersebut,bahagian bawah silinder dikeluarkan. Selepas ia dibentuk yang diinginkan, ia disejukkan seketika.Selepas itu, salah satu bahagian sisi silinder dibuka dan ianya diletakkan ke dalam ketuhar untuk proses meleperkan kaca. Dan yang akhir sekali, kaca tersebut dimasukkan ke dalam “annealer” untuk proses penyejukan pada kadar yang terkawal, menjadikan kaca berwarna tersebut lebih stabil.