Sunday, 18 December 2011

Songket Silungkang

Songket silungkang


Seni songket antara salah  satu seni yang popular sejak zaman –berzaman dam merupakan seni budaya yang dipercayai berasal dari dataran China sejak 1000 tahun lalu.Tenun songket muncul di Thailand yang kemudiannya terus tersebar ke beberapa negeri terutamanya Terengganu dan Kelantan lalu bergerak ke beberapa daerah di Indonesia seperti Siak, Palembang dan Silungkang .
Songket Silungkang pastinya jarang kita dengar dan barangkali  tak menyedari kewujudannya.Songket ini berasal dari Selangor yang telah melalui perjalanan sejarah yang panjang .Baginda Ali yang berasal dari Kampung Dalimo Singkek serta hulubalangnya telah membawa ilmu menenun songket ini dari Selangor ke Silungkang sekitar abad ke-6 iaitu 400 tahun lalu.
Kain songket ini turut menjadi lambang kebanggaan bagi orang Maluku yang mempunyai persepsi bahawa setiap keluarga perlu menyimpan paling minimum 20 helai songket Silungkang untuk di anggap sebagai sebuah keluarga elit.Dikuatkan  lagi, pengaruh kain songket ini turut dijadikan sebagai pakaian adat perkahwinan di Minahasa Sulawesi Utara yang dipakai oleh pengantin perempuan.
Antara lokasi penghasilan songket ini ialah di Kampung Batu Manonggu  ,malahan setiap rumah di sana terdapat alat tenun(palantai) untuk mempromosi kain songket sebagai industri kecil-kecilan.Yang menariknya, jika ada pelancong yang berkunjung ke Silungkang untuk melihat proses menenun songket ini mereka akan dibawa ke bawah rumah yang terdapat alat tenun.Songket Silungkang bukan sahaja nampak gemilang di tanah Indonesia ,malah turut melebarkan sayap keunggulannya di beberapa Negara Eropah seperti Belanda,Inggeris,Perancis dan Belgia .Masyarakat di benua Eropah turut  tidak ketinggalan  mengumpul koleksi kain tenun songket Silungkang yang mencecah usia 100 hingga 200 tahun di rumah mereka .Sesuatu yang dapat dibanggakan apabila seni budaya masyarakat Melayu turut mendapat pengiktirafan oleh masyarakat luar.Begitulah secebis kisah lembaran sejarah songket Silungkang yang unik .

Golongan belia yang terlibat dalam aktivti menenun songket silungkang.

No comments:

Post a Comment