![]() |
Sebelum melakukan sesuatu, kita perlulah membuat perancangan terlebih dahulu. |
Sebelum melakukan sesebuah perniagaan ,seseorang individu itu haruslah membuat perancangan perniagaan iaitu satu dokumen yang menerangkan perniagaan dan projek yang ingin dilaksanakan.Rancangan perniagaan secara umum meliputi analisis,ramalan dan cara pelaksanaan strategi bisnes.Dan antara faktor kelemahan sesebuah perniagaan ialah disebabkan kegagalan usahawan mengatur perancangan perniagaan mereka dengan efisien.
Menyingkap kepentingan dalam membuat perancangan perniagaan ,penyediaannya dapat membuka lubang –lubang peluang untuk anda melihat serta menilai sebarang idea perniagaan dengan teliti ,objektif dan kritikal.Selain itu,ianya dapat memberi visual tentang daya maju sesuatu projek yang dirancang malah dapat membantu anda meramal masa depan projek yang bakal dilaksanakan .
Perlu diingati, perancangan perniagaan anda juga membolehkan anda membuat anggaran keperluan sumber perniagaan agar pengagihan sumber lebih efisien kerana ketidakefisenan akan menyebabkan pembaziran sumber itu sendiri.Inya secara tidak langsung memberi gambaran kemungkinan masalah yang timbul sepanjang melaksanakan projek.
Mengetahui aktiviti perancangan adalah salah satu komponen utama dalam pengurusan perniagaan ,di sini saya jelaskan terdapat beberapa jenis perancangan yang dapat membantu anda sebagai usahawan baru .Antaranya ialah perancangan strategic,operasi,tetap,sekali guna,pengurusan berasakan objektif(MBO) dan kontigensi.
Sebagai usahawan yang baru memasuki medan pertempuran bisnes,anda mungkin akan berhadapan dengan halangan perancangan berkesan yang rencam bukan?Kekangan seperti persekitaran operasi yang kabur,tentangan terhadap perubahan dan kesempitan masa adalah perkara biasa.Namun,anda ada penyelesaian kepada masalah ini antaranya melibatkan pekerja dalam membuat keputusan bersama-sama,mengamalkan toleransi dalampelbagai pandangan serta menggalakkan pemikiran kritikal.
Perancangan perniagaan yang bijak mengambil kira 3 tahap iaitu:
· PERANGANGAN STRATEGIK-keputusan tentang pengagihan sumber prioriti syarikat dan langkah untuk menuju matlamat .
· PERANCANGAN TAKTIKAL-perancangan jangka pendek untuk melaksanakan perancangan strategik.
· PERANCANGAN OPERASI-penetapan target jangka pendek .
Oleh itu,anda sebagai bakal usahawan harus mengambil kira aspek penting dalam perancangan perniagaan anda agar dapat melaksanakan pengurusan yang sistematik dan efisien.Aktiviti merancang perniagaan harus menjadi fokus utama dalam menentukan matlamat samaada untuk jangka pendek mahupun jangka panjang dalam sesebuah syarikat.Sesungguhnya perancangan perniagaan yang bijak mampu menjadi meteor yang kental bagi menaikkan prestasi sesebuah organisasi.
No comments:
Post a Comment