Friday, 23 December 2011

SENI PERNIAGAAN


Adakah anda semua tahu apakah yang dimaksudkan seni perniagaan?Kebanyakan daripada kita hanya tahu beberapa seni sahaja dalam hidup mereka seperti seni lukisan,catan atau sebagainya.Bagi seorang usahawan yang berjaya,seni perniagaan amatlah penting dalam perniagaan mereka.Hal ini  demikian,seni perniagaan yang mereka perolehi dapat membantu mereka belajar mengenai selok belok perniagaan.Kesenian ini lebih menjurus kepada sikap seorang usahawan yang peka terhadap perniagaan mereka.Contohnya cara mengurus sebuah syarikat tersebut,usahawan tersebut perlulah menjalankan perniagaan dengan praktikal dan sentiasa fleksibel.Usahawan juga perlu pandai menyesuaikan diri dengan keadaan dan membaca rentak perniagaan pesaing mereka serta kemahuan pelanggan.Kepuasan para pelanggan amat penting bagi seorang usahawan tersebut.Malah seorang usahawan itu perlulah kreatif dalam mengurus hal perniagaannya,kerana mereka perlu melakukan pembaharuan sejajar dengan perubahan zaman.Janganlah bersikap seperti katak bawah tempurung kerana sikap itu tidak akan membawa anda semua menuju kejayaan yang cemerlang.Seni peniagaan juga mengajar seseorang usahawan bahawa setiap urusan perniagaan mempunyai peraturan-peraturan yang perlu ikuti.Antara peraturannya itu adalah tidak boleh mementingkan diri sendiri,bersikap jujur pada diri dan orang lain,bertanggungjawab,melakukan yang terbaik,bersaing secara sihat,bekerjasama apabila keadaan memerlukan,jangan tamak,banyak bersabar serta tidak terlalu berkira.Para usahawan yang tidak mengendahkan peraturan-peraturan ini tidak akan mendapat tempat peniagaan dengan usahawan lain.Bagi usahawan yang sombong,angkuh dan tidak mesra,lambat laun akan kehilangan pelanggannya dalam sekelip mata.Jadilah anda semua perlulah sentiasa bersabar dalam menempuh segala dugaan dalam dunia perniagaan ini.Malah,anda semua perlu berusaha menjadikan hubungan rapat dengan para pelanggan.Dengan kata lain, usahawan perlu bersikap ringan tulang,peramah dan menjadikan pelanggan mereka sebagai sahabat rapat ataupun saudara.Kemesraan persahabatan yang terjalin akan melahirkan kepercayaan  dan keyakinan antara peniaga dan para pelanggan.Kebanyakan kita lebih suka menjalankan urusan perniagaan dengan orang kita kenali dan boleh dipercayai.Perhubungan sesama manusia amatlah amatlah penting dalam urusan perniagaan.Oleh itu,marilah kita bersama-sama mengekalkan sebuah perhubungan yang terjalin.Secara kesimpulannya,seni perniagaan perlulah diterapkan dalam diri para usahawan yang ingin berjaya.


No comments:

Post a Comment