Friday, 27 January 2012

ubat penyakit sombong


Ubat  Penyakit Sombong

1-Diam dan jangan banyak cakap.Biasanya kalau banyak cakap nanti timbul pula perkataan dusta dari mulut kita.
                2-Berasa cukup dengan apa yang dimiliki.Biasanya kalau berlebih-lebih nanti mesti masih tak puas dan nak lebih lagi.
3-Jangan tonjolkan diri untuk jadi popular.Biasanya kalau dah popular nanti pandang rendah terhadap orang lain.
             4-Biasanya diri dengan sikap kasih sayang dan salinghormat-menghormati.Biasanya kalau tak ada rasa belas nanti sifat zalim pula yang datang.
5-Jangan bersifat buruk sangka kepada orang lain.Biasanya kalau ada sifat buruk sangka nanti kita hilang kawan atau tiada kawan langsung.
       6-Sentiasa bertafakur memikirkan kelemahan diri dan mengingati kebesaran Allah s.w.tBiasanya kalau kita tidak bermuhasabah nanti kita hanya tahu yang kita ini kononya bagus.
7-Selalulah berdoa dan memohon taufik dan hidayah Allah s.w.t.Biasanya kalau  kita tidak berdoa nanti kita mengidap penyakit”syirik kecil”.Nauzubillah.

TEKNIK PENGURUSAN KUALITI TOTAL


TEKNIK PENGURUSAN KUALITI TOTAL

Dalam buku, Out of the Crisis, Deming menetapkan 14 asas utama kepada TQM. Walaupun ia digunakan dalam pengeluaran, namun ia juga boleh menjadi panduan dalam pengurusan seharian.

14 Asas Utama TQM
ANTARA BUKU YANG MENCERITAKAN PENGURUSAN KUALITI MENGIKUT ISLAM

  •       Matlamat kukuh
  •       Kualiti sebagai falsafah
  •       Bina kualiti daripada mula
  •       Jangan nilai harga semata-mata                 
  •       Buang benteng
  •       Institusikan latihan
  •       Institusikan kepimpinan
  •       Tingkatkan produktiviti berterusan
  •       Slogan dan sasaran
  •       Hapus quota nombor
  •     Puji pekerja
  •     Didik dan bina diri
  •     Ubah syarikat secara menyeluruh
  •     Buang ketakutan

“wujudkan matlamat yang kukuh dan stabil dengan melihat masa hadapan”


KEGAGALAN DALAM PENGURUSAN AKHIRNYA MENYEBABKAN STRESS

















Thursday, 26 January 2012

komoditi utama dan kesan pergantungannya


Getah antara komoditi utama yang amat penting 

.
komoditi utama dan kesan pergantungannya.
Ekonomi Malaysia yang semakin merecup dengan gahnya
Apabila bercerita tentang komoditi utama negara pasti anda sedar bahawa komoditi utama seperti getah ,kelapa sawit ,kayu dan sebagainya sebenarnya adalah aset awal negara yang membantu ekonomi pada zaman dahulu.Namun,dek kerana pihak kerajaan dan masyarakat sendiri telah sedar akan kesan buruk pergantungan komoditi ini kepada struktur ekonomi negara,maka negara berusaha melaksanakan rancangan mempelbagaikan ekonomi.
Pergantungan negara sepenuhnya kepada komoditi utama memberi impak kepada pendapatan negara dan juga kepada guna tenaga.
KESAN KEPADA PENDAPATAN NEGARA:


1.Turun naik harga komoditi
2.Daya pengeluaran rendah
·         Saiz tanah  yang tidak ekonomik
·         Teknik pengeluaran tradisional.
3.Persaingan barangan tiruan
·         Pengimport gantikan bahan mentah atau komoditi dengan barang tiruan.

KESAN KEPADA GUNA TENAGA:
1.Pelaburan berkurang.
·         Penurunan pendapatan negara dan menjejaskan peluang pekerjaan.
2.Penghijrahan penduduk desa ke bandar.
·         Harga komoditi tidak stabil menjejaskan kadar upah
·         Menjejaskan peluang pekerjaan.
3.Peningkatan guna tenaga kepada sektor lain
·         Apabila sektor utama menurun maka pelabur akan membuat pelaburan pada sektor lain dan seterusnya guna tenaga pada sektor lain akan meningkat.


Kesan pergantungan kepada komoditi utama turut membawa masalah ketidakstabilan harga komoditi itu sendiri oleh kerana ghalibnya harga komoditi bergantung kepada rizab dan pasaran antarabangsa yang sering turun naik.Manakala kehausan dan kepupusannya turut mempengaruhi kadar pertumbuhan peluang pekerjaan seterusnya melibatkan masalah pengangguran.

Tuesday, 24 January 2012

KEJAYAAN DAN KEGAGALAN



KEJAYAAN DAN KEGAGALAN

AKU TIDAK MEMILIH UNTUK MENJADI INSAN BIASA….

AKU TIDAK MEMILIH UNTUK MENJADI INSAN BIASA

ADALAH HAKKU UNTUK MENJADI BERBEZA,

AKU MENCARI KESEMPATAN,BUKANNYA KETERJAMINAN

TIDAK KUINGIN MENJADI WARGA PELIHARAAN,

LEMAH DAN TERPEDAYA DEK TERBIASA DENGAN JAGAAN NEGARA

AKU INGIN MENGAMBIL RISIKO TERHITUNG,

UNTUK MENGIMPIKAN DAN MEMBINA,UNTUK GAGAL DAN BERJAYA.

GALAKAN TIDAKKAN KUTUKARKAN DENGAN ELAUN PENGANGGURAN

LEBIH KUSUKAI CABARAN HIDUP DARIPADA ELAUN PENGANGGURAN

LEBIH KUGEMARI CABARAN HIDUP DARIPADA KEWUJUDAN LESU YANG TERJAMIN,KEGHAIRAHAN PENCAPAIAN DARIPADA KESEMPURNAAN HAMBAR

TIDAKKAN KUPERDAGANGKAN KEBEBASAN DENGAN DERMA SUMBANGAN,

TIDAK JUGA MARUAH DENGAN SEDEKAH.

TIDAKKAN AKU KETAKUTAN DI HADAPAN SEBARANG TUAN,

TIDAK JUGA KAN KUTUNDUK KEPADA SEBARANG UGUTAN.

SUDAH MENJADI WARISANKU UNTUK UNTUK SENTIASA BERDIRI TEGUH,

BANGGA DAN TIDAK GENTAR

BERFIKIR DAN BERTINDAK UNTUK DIRI SENDIRI

MENIKMATI HASIL MAHSUL USAHA SENDIRI

DAN MENGHADAPI DUNIA DENGAN PENUH BERANI,

DAN BERKATA 0..”INILAH YANG TELAH AKU LAKUKAN”.


INILAH ERTI SEBENARNYA MENJADI SEORANG INSAN.

Monday, 23 January 2012

strategi menjenamakn produk anda


STRATEGI MENJENAMAKAN PRODUK ANDA

Menjenamakan produk adalah proses dalam menggunakan nama dan simbol untuk berkomunikasi tentang kualiti sesuatu produk anda.Jenama sebenarnya adalah alat untuk memancing minat pengguna untuk mencuba dan menyukai produk dengan mengingati nama atau logonya agar nama suatu produk itu akan terjentik dalam fikiran pengguna apabila bercerita sesuatu kategori produk.Antara teknik dalam menjenamakan produk adalah:

1.PELETAKAN PRODUK.

Taktik promosi untuk mendedahkan jenama produk dalam bentuk karakter dalam televisyen,filem,muzik,majalah dan lain-lain menggunakan produk dengan jenama yang dapat dilihat penonton.

2.PEMASARAN DESAS-DESUS

Cara meningkatkan kepekaan jenama dengan teknik penyebaran melalui komunikasi tentang sesebuah produk itu.

3.PEMASARAN VIRUS.

Salah satu bentuk pemasaran desas-desus yang berkait dengan internet untuk menyebarkan informasi seolah-olah virus dari seorang ke seoarang individu.Antara format yang diaplikasikan ialah permainan,pertandingan,forumdan papan buletinmenggalakkna pengguna berpotensi meencuba produk.

Jenis nama jenama juga adalah pemangkin dalam menjenamakan produk anda dan ianya terbahagi kepada beberapa jenis. Jenama nasional biasanya dikenali secara meluas oleh pengguna kerana kempen dan iklan nasional dan menjadi aset bernilai kepada sesebuah organisasi milik anda.

Jenama persendirian digunakan oleh usahawan untuk membangunkan nama jenama dan ada pengilang untuk diletakkan pada produk contohnya Canyon Rivers Blues pakaian denim.

Strategi menjenamakan produk akan memberikan kesetiaan jenama dan kepekaan jenama kepada pengguna dan untuk mendapatkannya biasanya usahawan akan mencari lebih efektif ,dan kurang mahal sebagai cara memperoleh kepekaaan jenama serta meletakkan jenama produk anda muncul dalam carta teratas minda pengguna.

Monday, 16 January 2012

KENAPA PERLU BERNIAGA??


KENAPA PERLU BERNIAGA??

9/10 daripada hasil pendapatan kita datang daripada perniagaan.Berniaga meliputi banyak aspek dalam kehidupan seharian kita...kenapa perlu berniaga??

Anda yang akan menjawabnya apabila anda menceburinya…ANDA PASTI ANDA AKAN BERJAYA?? Persoalan seribu tanda tanya..biar saya kongsi serba sedikit pengalaman dan ilmu yang saya perolehi.

              •   Berniaga akan membawa anda kealam baru..
  • Berjumpa ramai orang..
  • Akan mengubah kehidupan anda…
  • Kredebiliti anda..
  • Penampilan dan keyakinan anda.
  • Pertuturan yang lebih lancar..
  • Penyerlahan gaya dan bahasa badan yang menarik.
  • Membawa anda bersama orang yang berjaya..
  • Mengimbau perkenalan kehidupan lama..
  • Menjadikan anda orang yang lebih dihormati..

PERCAYA ATAU TIDAK SEMUANYA TERLETAK DITANGAN ANDA!!

  1. Kita yang akan meletakkan diri kita diatas.
  2.   Jadikan diri kita orang penting.. 
  3. Untuk dapatkannya lakukan kelainan daripada orang lain.. 
  4. Pentingkan diri sendiri dalam merebut peluang.. 
  5. Yang penting istiqamah dalam setiap langkah.

Gagal sekali tidak bererti anda akan gagal selama-lamanya!!
Percayalah kepada kebolehan diri sendiri..
kasihanilah kepada diri anda jika anda tidak pernah ambil peduli terhadap kebolehan anda..


KENAPA ORANG LAIN BOLEH LAKUKAN KENAPA TIDAK AKU!!!

Sunday, 15 January 2012

KUNCI KEJAYAAN RASULULLAH DALAM BISNES


Kebanyakan daripada kita telah berjaya dalam perniagaan masing-masing tak kira sama ada orang Melayu,Cina dan India.Kejayaan mereka ini telah menarik minat golongan muda untuk menceburi bidang perniagaan.Dan para usahawan dan peniaga tersebut berjaya berpandukan pengalaman yang diperoleh dalam kehidupan seharian.Dalam buku Manajemen Bisnes Syariah tulisan Abu Hasan mengungkapkan rahsia kunci kejayaan Rasulullah S.W.T dalam perniagaan ialah:
  1. Tidak pernah main-main dalam kejujuran dan kepercayaan.Dua perkara tersebut adalah salah satu kunci kejayaan baginda.Kejujuran menimbulkan kepercayaan untuk hubungan bisnes dalam jangka masa yang panjang.
  2. Berfikiran terbuka,kreatif dan dan siap menghadapi perubahan.Segala usaha mestilah dikembangkan dengan visi jauh ke hadapan.
  3. Memiliki perencanaan dan tujuan yang ingin dicapai.Rasulullah selalu merencanakan pekerjaan dengan baik dan melakukannya dengan penuh ketekunan,ketelitian dan kecerdasan untuk mencapai kejayaan tersebut.
  4. Menjaga orang bawahan dengan baik.Rasulullah menyampaikan anjuran memberikan gaji pegawai dengan kiasan sebelum kering peluhnya.
  5. Mengembangkan usaha dengan strategi yang baik.Contohnya kerjasama antara Rasulullah dengan Siti Khadijah dalam bisnes yang menghasilkan keuntungan dengan strategi.
  6. Semua pekerjaan mestilah dilakukan dengan penuh kasih sayang dan cinta.Dengan itu tidak unsur paksaan dalam menjalankan setiap keputusan.
  7. Pandai bersyukur dan berucap terima kasih atas apa yang diperolehi.Dengan bersyukur kita dijanjikan oleh Allah untuk ditambah rezeki.
  8. Selalu berusaha menjadi yang paling manfaat bagi yang lain.
Sesungguhnya,marilah kita bersama-sama renungkan dan berfikir untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT dalam mencapai kejayaan dalam perniagaan ini...

ASAS PENGURUSAN KEMAHIRAN.
Pengurus yang efektif perlu mengembangkan teknikal,hubungan kemanusiaan ,konseptual,membuat keputusan ,dan kemahiran pengurusan masa.Setiap pengurus sesebuah organisasi wajar memahami dan menganalisis asas –asas pengurusan kemahiran
agar perniagaan anda merecup dengan gahnya. 
pemimpin adalah individu yang utama dalam melaksanakan asas pengurusan kemahiran.

KEMAHIRAN TEKNIKAL
Ø  Merupakan teknik untuk menyerlahkan kerja yang tertentu yang sangat penting terutama bagi pekerja’ first line’.

Kemahiran hubungan manusia.

Ø  Membenarkan pengurus untuk memahami dan berkomunikasi dengan orang lain.
Kelemahan pengurus dalam kemahiran ini menyebabkan rencam masalah tamsilnya hilang pekerja yang berpotensi besar dan mengarah kepada moral yang negatif.

Kemahiran konseptual.
Ø  Merujuk kepada kemahiran meluahkan buah fikiran dan percambahan fikiran untuk berfikir secara abstrak ,untuk mendiagnos dan menganalisis situasi yang berbeza dan melihat situasi yang akan datang dalam ramalan.Kemahiran ini menjadi wadah untuk anda mengenalpasti pasaran baru dan persaingan .

Kemahiran membuat keputusan .
Ø  Melibatkan kebolehan mengenalpasti masalah dan memilih ledakan tindakan yang terbaik.Kemahiran ini melibatkan mengumpul fakta ,mencari bunga penyelesaian ,melaksanakan alternatif,dan menggerakkan alternatif yang dipilih.
Kemahiran pengurusan masa.                    
Ø  Merujuk kepada kegunaan masa yang produktif oleh pengurus.Untuk mengurus masa secara efektif pengurus perlu tahu 4 penyebab pembaziran masa iaitu:
                                i.            Kertas kerja =pengurus banyak habiskan  masa untuk buat keputusan tentang apa yang tulis dalam surat mahupun laporan.
                              ii.            Panggilan telefon=pakar mencadangkan pengurus mempunyai pembantu untuk skrin semua panggilan dan menetapkan masa untuk blog panggilan yang kurang penting setiap hari.
                            iii.            mesyuarat=Individu yang mengendalikan mesyuarat harus menerangkan agenda dengan jelas,mula tepat pada masanya,dan memastikan setiap orang dalam mesyuarat fokus terhadap agenda tersebut.
                            iv.            E-mail=Masa dibazirkan bila pengurus perlu melayan pesanan dan pelbagai lagi perkara dalam komunikasi elektronik.

Pengurus yang cemerlang merupakan individu yang sudah sedia ada  pengurusan asas  kemahiran yang dipraktikkan dalam menghidupkan sesebuah organisasi bisnes.Sayugianya asas kemahiran bukan sahaja dilaksanakan oleh pengurus bahkan sebagai pekerja turut terlibat dala menurus sasa kemahiran .Maksimumkan emahiran yang perlu diterapkan dalam membangunkan perniagaan anda agar terus merecup dan memekar dalam medan bisnes.  




Friday, 13 January 2012


Perancangan perniagaan adalah salah satu  aspek penting dalam pernaigaan.


Sebelum melakukan sesebuah perniagaan ,seseorang individu itu haruslah membuat perancangan perniagaan iaitu satu dokumen yang menerangkan perniagaan dan projek yang ingin dilaksanakan.Rancangan perniagaan secara umum meliputi analisis,ramalan dan cara pelaksanaan strategi bisnes.Dan antara faktor kelemahan sesebuah perniagaan ialah disebabkan kegagalan usahawan mengatur perancangan perniagaan mereka dengan efisien.
Menyingkap kepentingan dalam membuat perancangan perniagaan, penyediaannya dapat membuka lubang –lubang peluang untuk anda melihat serta menilai sebarang idea perniagaan dengan teliti ,objektif dan kritikal.Selain itu,ianya dapat memberi visual tentang daya maju sesuatu projek yang dirancang malah dapat membantu anda meramal masa depan projek yang  bakal dilaksanakan .
Perlu diingati, perancangan perniagaan anda juga membolehkan anda membuat anggaran keperluan sumber perniagaan agar pengagihan sumber lebih efisien kerana ketidakefisenan akan menyebabkan pembaziran sumber itu sendiri.Inya secara tidak langsung memberi gambaran kemungkinan masalah yang timbul sepanjang melaksanakan projek.
Mengetahui aktiviti perancangan adalah salah satu komponen utama dalam pengurusan perniagaan ,di sini saya jelaskan terdapat beberapa jenis perancangan yang dapat  membantu anda sebagai usahawan baru .Antaranya ialah perancangan strategic,operasi,tetap,sekali guna,pengurusan berasakan objektif(MBO) dan kontigensi.
Sebagai usahawan yang baru memasuki medan pertempuran bisnes,anda mungkin akan berhadapan dengan halangan perancangan berkesan yang rencam bukan?Kekangan seperti persekitaran operasi yang kabur,tentangan terhadap perubahan dan kesempitan masa adalah perkara biasa.Namun,anda ada penyelesaian kepada masalah ini antaranya melibatkan pekerja dalam membuat keputusan bersama-sama,mengamalkan toleransi dalampelbagai pandangan serta menggalakkan pemikiran kritikal.
Perancangan perniagaan yang bijak mengambil kira 3 tahap iaitu:
·        PERANGANGAN STRATEGIK-keputusan tentang pengagihan sumber prioriti syarikat dan langkah untuk menuju matlamat .

·        PERANCANGAN TAKTIKAL-perancangan jangka pendek untuk melaksanakan perancangan strategik.

·        PERANCANGAN OPERASI-penetapan target jangka pendek .

Oleh itu,anda sebagai bakal usahawan harus mengambil kira aspek penting dalam perancangan perniagaan anda agar dapat melaksanakan pengurusan yang sistematik dan efisien.Aktiviti merancang perniagaan harus menjadi fokus utama dalam menentukan matlamat samaada untuk  jangka pendek mahupun jangka panjang dalam sesebuah syarikat.Sesungguhnya perancangan perniagaan yang bijak mampu menjadi meteor yang kental bagi menaikkan prestasi sesebuah organisasi.