Saturday, 7 January 2012

etika keusahawanan mengikut islam

ETIKA USAHAWAN MENGIKUT ISLAM

Prinsip akidah adalah tunjang utama yang mengikat hubungan usahawan dengan Tuhan apatah lagi kita sebagai Muslim.Etika usahawan mengikut Islam memaparkan bahawa seseorang usahawan itu perlu beriman dan menjaga hubungan dengan Maha Pencipta malah mengakui Allah berhak menentukan rezeki serta mengawal segala aktivitinya.

Dalam membina etika keusahawanan Islam terdapat beberapa etika yang berkait rapat iaitu etika kerja ,etika kemasyarakatan dan etika keperibadian Islam .Persiapan sebelum menceburkan diri dalam perniagaan adalah membangunkan etika keperibadian Islam yang kukuh sebagai pelindung dan daya tahan bagi berhadapan dengan masalah yang rencam.

Antaranya etika keperibadian Islam ialah:- amanah,benar,jujur,bijaksana,warak,qanaah,berhikmah,tawaduk,sabar,ikhlas dan tawakal.Kebanyakan daripada kita mungkin jarang mendengar ‘’PRINSIP TIDAK MEMUDARATKAN’’ atau ‘’NO INJURY PRINCIPLE’’ yang merupakan asas penting dalam etika keusahawanan Islam .Prinsip ini merujuk kepada undang- prinsip ini yang universal membolehkannya diaplikasikan dalam semua skop kehidupan manusia.Antara tips yang boleh diamalkan usahawan agar prinsip ini dipelihara ialah:-

Ø Kurangkan dan hindarkan anggapan dan persepsi negatif terhadap orang lain.

Ø Jauhi sikap dengki.

Ø Tidak pentingkan diri sendiri.

Ø Elakkan sikap tidak adil kepada orang lain.

Ø Hindari sikap negatif produk atau servis terhadap pengguna .

Ø Kurangkan kesan negatif yang merosakkan alam sekitar.

Ø Melakukan tindakan yang tidak memudaratkan diri sendiri serta orang lain.

Ø Sentiasa memburu keberkatan Illahi.

Ø Meletakkan sasaran dan matlamat yang ingin digapai dalam bisnes

Ø Pengguna dapat produk dan servis yang berkualiti seperti yang diingini mereka.

Ø Setiap aktiviti dan tindakan bersesuaian dengan tujuan syariat Islam diturunkan dengan memelihara 5 aspek utama dalam kehidupan iaitu agama ,nyawa,akal,keturunan dan harta.

Akhirukalam ,dalam usaha membangunkan sesebuah perniagaan usahawan Muslim harus peka dengan etika keusahawanan Islam yang digariskan agar sentiasa memperoleh keberkatan dalam perniagaan bukan sekadar menghimpun gunung kekayaan sahaja.Seorang usahawan yang berjaya sentiasa menjadi idola kepada orang bawahan yang belum berjaya.

Rasulullah s.a.w bersabda mafhumnya:’’

Setiap jasad yang tumbuh daripada yang haram ,maka nerakalah tempat yang paling layak untuknya.’’

(Riwayat Ahmad)Rasulullah s.a.w bersabda mafhumnya:’’

1 comment:

  1. Saya ingin berkongsi kesaksian mengenai bagaimana perkhidmatan pendanaan Le_Meridian membantu saya dengan pinjaman sebanyak 2,000,000.00 USD untuk membiayai projek ladang ganja saya, saya sangat berterima kasih dan saya berjanji untuk berkongsi syarikat pembiayaan ini kepada sesiapa yang mencari jalan untuk mengembangkan perniagaannya project.the syarikat adalah syarikat pembiayaan. Sesiapa yang mencari sokongan kewangan perlu menghubungi mereka di lfdsloans@outlook.com Atau lfdsloans@lemeridianfds.com Encik Benjamin juga pada WhatsApp 1-989-394-3740 untuk membuat perkara mudah bagi mana-mana pemohon.

    ReplyDelete