![]() |
Syed Mokhtar Albukhary |
Lihat saja gambar diatas pasti kita dapat mengagak siapakah gerangan lelaki ini. Pasti ada antara kita yang menjadikan beliau sebagai idola. Beliau merupakan orang melayu yang terkaya di Malaysia, dan yang pastinya beliau seorang yang beragama Islam.
Sebagai seorang muslim, kita haruslah menjadikan Islam itu sebagai cara hidup kita,dalam segala aspek termasuklah dalam perniagaan. Usahawan yang menerapkan konsep islamik dalam perniagaannya, berpotensi untuk berjaya dalam perniagaan yang diusahakan. Antara ciri-ciri usahawan Islam yang berjaya ialah :-
- tidak mengamalkan sistem riba'
- jujur dan amanah dalam perniagaan.
- sentiasa menjaga hubungan dengan pelanggan/ klien.
- memelihara solat.
- tidak meninggalkan perkara-perkara fardhu.
- sentiasa bersedekah.
Sebenarnya terdapat banyak lagi ciri-ciri bagi usahawan Islam yang berjaya yang tidak dapat ditulis di sini. Namun, kita boleh melihat kepada ciri-ciri yang ada pada nabi Allah, iaitu Nabi Muhammad S.A.W yang terkenal dengan peribadinya yang mulia. Baginda juga merupakan ahli perniagaan yang berjaya malah tersohor pada ketika itu. Baginda disenangi oleh masyarakat dek kerana akhlaknya yang mulia.
Jadi sebagai seorang yang beragama Islam, perlulah kita kembali kepada ajaran agama dalam setiap perkara yang ingin kita lakukan termasuklah dalam bidang perniagaan sekalipun agar ianya sentiasa berada pada landasan yang benar.
No comments:
Post a Comment