Monday, 23 January 2012

strategi menjenamakn produk anda


STRATEGI MENJENAMAKAN PRODUK ANDA

Menjenamakan produk adalah proses dalam menggunakan nama dan simbol untuk berkomunikasi tentang kualiti sesuatu produk anda.Jenama sebenarnya adalah alat untuk memancing minat pengguna untuk mencuba dan menyukai produk dengan mengingati nama atau logonya agar nama suatu produk itu akan terjentik dalam fikiran pengguna apabila bercerita sesuatu kategori produk.Antara teknik dalam menjenamakan produk adalah:

1.PELETAKAN PRODUK.

Taktik promosi untuk mendedahkan jenama produk dalam bentuk karakter dalam televisyen,filem,muzik,majalah dan lain-lain menggunakan produk dengan jenama yang dapat dilihat penonton.

2.PEMASARAN DESAS-DESUS

Cara meningkatkan kepekaan jenama dengan teknik penyebaran melalui komunikasi tentang sesebuah produk itu.

3.PEMASARAN VIRUS.

Salah satu bentuk pemasaran desas-desus yang berkait dengan internet untuk menyebarkan informasi seolah-olah virus dari seorang ke seoarang individu.Antara format yang diaplikasikan ialah permainan,pertandingan,forumdan papan buletinmenggalakkna pengguna berpotensi meencuba produk.

Jenis nama jenama juga adalah pemangkin dalam menjenamakan produk anda dan ianya terbahagi kepada beberapa jenis. Jenama nasional biasanya dikenali secara meluas oleh pengguna kerana kempen dan iklan nasional dan menjadi aset bernilai kepada sesebuah organisasi milik anda.

Jenama persendirian digunakan oleh usahawan untuk membangunkan nama jenama dan ada pengilang untuk diletakkan pada produk contohnya Canyon Rivers Blues pakaian denim.

Strategi menjenamakan produk akan memberikan kesetiaan jenama dan kepekaan jenama kepada pengguna dan untuk mendapatkannya biasanya usahawan akan mencari lebih efektif ,dan kurang mahal sebagai cara memperoleh kepekaaan jenama serta meletakkan jenama produk anda muncul dalam carta teratas minda pengguna.

No comments:

Post a Comment