Sebagai manusia yang normal,kita mesti bercita-cita untuk mencapai kejayaan dalam hidup masing-masing.Dan ada sesetengah daripada kita telah menemui kegagalan dalam mengejar kejayaan.Semestinya ia adalah lumrah dalam hidup manusia akan menemui kegagalan sebelum mendapat kejayaaan.Kerana hendak mendapatkannya kita mestilah berusaha bersungguh-sungguh.Oleh itu,kita mestilah mempunyai nilai-nilai yang positif dalam hidup.Antara tips-tips untuk mendapat kejayaan ialah:
- Seseorang itu mestilah ada pendirian diri yang teguh.
- Sentiasa berfikiran positif dan kreatif dalam hidup.
- Sentiasa bersabar untuk mendapatkan sesuatu hasil.
- Berfikiran terbuka dalam menerima teguran orang lain.
- Bijak dalam mengatur dan mengurus masa.
- Belajar dan menuntut ilmu daripada orang yang berjaya.
- Bersyukur dengan kejayaan yang telah dikecapi.
- Mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan kuat.
- Menghormati orang lain seperti menghormati ibu bapa.
- Mendapat restu daripada kedua-dua ibu bapa kita.
- Memperbanyakkan berdoa kepada Yang Maha Esa.
Justeru itu,untuk mencapai sesuatu kejayaan tersebut kita mestilah memperbaiki diri masing-masing.Setiap kejayaan yang datang itu hasilnya dari diri kita sendiri.Kejayaan itu pasti terbukti!!!-inshine
No comments:
Post a Comment