![]() |
Perancangan perniagaan adalah salah satu aspek penting dalam pernaigaan. |
Sebelum melakukan
sesebuah perniagaan ,seseorang individu itu haruslah membuat perancangan
perniagaan iaitu satu dokumen yang menerangkan perniagaan dan projek yang ingin
dilaksanakan.Rancangan perniagaan secara umum meliputi analisis,ramalan dan
cara pelaksanaan strategi bisnes.Dan antara faktor kelemahan sesebuah
perniagaan ialah disebabkan kegagalan usahawan mengatur perancangan perniagaan
mereka dengan efisien.
Menyingkap
kepentingan dalam membuat perancangan perniagaan, penyediaannya dapat membuka
lubang –lubang peluang untuk anda melihat serta menilai sebarang idea
perniagaan dengan teliti ,objektif dan kritikal.Selain itu,ianya dapat memberi
visual tentang daya maju sesuatu projek yang dirancang malah dapat membantu
anda meramal masa depan projek yang
bakal dilaksanakan .
Perlu diingati,
perancangan perniagaan anda juga membolehkan anda membuat anggaran keperluan
sumber perniagaan agar pengagihan sumber lebih efisien kerana ketidakefisenan
akan menyebabkan pembaziran sumber itu sendiri.Inya secara tidak langsung
memberi gambaran kemungkinan masalah yang timbul sepanjang melaksanakan projek.
Mengetahui aktiviti perancangan adalah salah satu komponen utama
dalam pengurusan perniagaan ,di sini saya jelaskan terdapat beberapa jenis
perancangan yang dapat membantu anda
sebagai usahawan baru .Antaranya ialah perancangan
strategic,operasi,tetap,sekali guna,pengurusan berasakan objektif(MBO) dan
kontigensi.
Sebagai usahawan yang baru memasuki medan pertempuran
bisnes,anda mungkin akan berhadapan dengan halangan perancangan berkesan yang
rencam bukan?Kekangan seperti persekitaran operasi yang kabur,tentangan
terhadap perubahan dan kesempitan masa adalah perkara biasa.Namun,anda ada
penyelesaian kepada masalah ini antaranya melibatkan pekerja dalam membuat
keputusan bersama-sama,mengamalkan toleransi dalampelbagai pandangan serta
menggalakkan pemikiran kritikal.
Perancangan perniagaan yang bijak mengambil kira 3 tahap iaitu:
·
PERANGANGAN STRATEGIK-keputusan
tentang pengagihan sumber prioriti syarikat dan langkah untuk menuju matlamat .
·
PERANCANGAN TAKTIKAL-perancangan
jangka pendek untuk melaksanakan perancangan strategik.
·
PERANCANGAN OPERASI-penetapan
target jangka pendek .
Oleh itu,anda sebagai bakal
usahawan harus mengambil kira aspek penting dalam perancangan perniagaan anda
agar dapat melaksanakan pengurusan yang sistematik dan efisien.Aktiviti
merancang perniagaan harus menjadi fokus utama dalam menentukan matlamat
samaada untuk jangka pendek mahupun
jangka panjang dalam sesebuah syarikat.Sesungguhnya perancangan perniagaan yang
bijak mampu menjadi meteor yang kental bagi menaikkan prestasi sesebuah
organisasi.
No comments:
Post a Comment