ASAS PENGURUSAN KEMAHIRAN.
Pengurus yang efektif perlu mengembangkan teknikal,hubungan
kemanusiaan ,konseptual,membuat keputusan ,dan kemahiran pengurusan masa.Setiap
pengurus sesebuah organisasi wajar memahami dan menganalisis asas –asas pengurusan
kemahiran
agar perniagaan anda merecup dengan gahnya.
![]() |
pemimpin adalah individu yang utama dalam melaksanakan asas pengurusan kemahiran. |
KEMAHIRAN TEKNIKAL
Ø Merupakan
teknik untuk menyerlahkan kerja yang tertentu yang sangat penting terutama bagi
pekerja’ first line’.
Kemahiran hubungan manusia.
Ø Membenarkan
pengurus untuk memahami dan berkomunikasi dengan orang lain.
Kelemahan
pengurus dalam kemahiran ini menyebabkan rencam masalah tamsilnya hilang
pekerja yang berpotensi besar dan mengarah kepada moral yang negatif.
Kemahiran konseptual.
Ø Merujuk kepada
kemahiran meluahkan buah fikiran dan percambahan fikiran untuk berfikir secara
abstrak ,untuk mendiagnos dan menganalisis situasi yang berbeza dan melihat
situasi yang akan datang dalam ramalan.Kemahiran ini menjadi wadah untuk anda
mengenalpasti pasaran baru dan persaingan .
Kemahiran membuat keputusan .
Ø Melibatkan
kebolehan mengenalpasti masalah dan memilih ledakan tindakan yang
terbaik.Kemahiran ini melibatkan mengumpul fakta ,mencari bunga penyelesaian
,melaksanakan alternatif,dan menggerakkan alternatif yang dipilih.
Kemahiran
pengurusan masa.
Ø Merujuk kepada
kegunaan masa yang produktif oleh pengurus.Untuk mengurus masa secara efektif
pengurus perlu tahu 4 penyebab pembaziran masa iaitu:
i.
Kertas kerja =pengurus banyak habiskan masa untuk buat keputusan tentang apa yang
tulis dalam surat mahupun laporan.
ii.
Panggilan telefon=pakar mencadangkan pengurus mempunyai
pembantu untuk skrin semua panggilan dan menetapkan masa untuk blog panggilan
yang kurang penting setiap hari.
iii.
mesyuarat=Individu yang mengendalikan mesyuarat
harus menerangkan agenda dengan jelas,mula tepat pada masanya,dan memastikan
setiap orang dalam mesyuarat fokus terhadap agenda tersebut.
iv.
E-mail=Masa dibazirkan bila pengurus perlu melayan
pesanan dan pelbagai lagi perkara dalam komunikasi elektronik.
Pengurus yang cemerlang merupakan individu yang sudah
sedia ada pengurusan asas kemahiran yang dipraktikkan dalam menghidupkan
sesebuah organisasi bisnes.Sayugianya asas kemahiran bukan sahaja dilaksanakan
oleh pengurus bahkan sebagai pekerja turut terlibat dala menurus sasa kemahiran
.Maksimumkan emahiran yang perlu diterapkan dalam membangunkan perniagaan anda
agar terus merecup dan memekar dalam medan bisnes.
No comments:
Post a Comment